Wednesday, November 27, 2013

Anggelina Jolie Beli Pulau Buat Pitt




Anggelina Jolie membeli dan menghadiahkan sebuah pulau yang terletak 50 batu dari New York sempena harijadi Brad Pitt ke-50 pada 18 Disember ini. Adus romantiknya..

Pulau berbentuk hati itu dianggarkan bernilai USD24 juta (RM773). Mengandungi 2 buah rumah agam yang direka oleh seorang arkitek terkenal Frank Lloyd Wright.

Menurut sumber, sebaik Jolie mendengar pulau itu utntuk dijual, pelakon seksi itu terus membuat lawatan ke pulau itu. Bertuah lah kau Pitt!.

“Dia sangat kagum. Rumah itu sangat sempurna untuk percutian romantik atau bersama keluarga. Ianya sangat tertutup dan memberi lebih privasi dan rekaan hati itu memberikan makna yang mendalam buat Pitt," kata sumber kepada Mirror UK.



Jangan susah hati, manalah tahu jika ada yang berminat untuk mengikut jejak Jolie, masih ada pulau untuk dijual buat isteri atau kekasih hati tersayang...

Hari ini, Indonesia dihebohkan dengan dua pulau di Indonesia yang di jual secara online melalui www.privateislandonline.com. Kedua pulau itu adalah Pulau Gambar yang terletak di pulau Jawa dan Pulau Gili Nanggu yang terletak di Lombok.

Pulau Gambar seluas 2,2 hektar boleh dibeli dengan harga USD 725 ribu atau sekitar RM2,501,810.65. Sedangkan Pulau Gili Nanggu ditawarkan Rp 9,9 miliar dengan luas mencapai 4,99 hektar.

Pulau Gambar Atas dan Pulau Gili Bawah

@Siapa pula yang bertuah ni..huhu


No comments:

Post a Comment