Seorang penduduk
memerhatikan kerosakan di sebuah kawasan
perkuburan yang turut
mengakibatkan mayat, rangka serta
tengkorak terkeluar
daripada kubur di bandar Hernani,
wilayah Samar Timur, tengah
Filipina, kelmarin. - AFP
Haiyan Sebabkan Mayat Terkeluar Daripada Kubur
HERNANI, FILIPINA 19 Nov. - Kekuatan Taufan Haiyan yang
melanda negara ini dengan kelajuan angin kira-kira 314 kilometer sejam bukan
sahaja membawa kemusnahan kepada harta benda, malah turut menyebabkan mayat dan
rangka manusia terkeluar daripada perkuburan.
Sukarelawan, Claire Gregorio berkata, keadaan itu berlaku
di bandar Hernani, wilayah Samar Timur.
"Keadaan ini tidak ubah seperti mimpi negeri apabila
beberapa mayat, rangka serta batu nisan terkeluar daripada kubur akibat taufan
berkenaan.
"Mayat-mayat, rangka serta tengkorak juga boleh
dilihat di atas jalan akibat dibawa angin kencang, manakala kubur yang
diperbuat daripada konkrit dan marmar juga pecah," katanya.
Gregorio berkata, taufan itu juga telah memusnahkan kubur
dan menarik keluar mayat seorang lelaki yang baru dua hari dikebumikan sebelum
taufan melanda.
Katanya lagi, Taufan Haiyan adalah taufan yang terkuat
pernah melanda negara itu dan telah membunuh sekurang-kurangnya 75 penduduk di
bandar itu selain 45 lagi dilaporkan hilang.
Sementara itu, seorang petani Luciano Habagat, 70,
terpaksa mengharungi detik cemas apabila rumahnya dipukul ombak besar akibat
Haiyan.
"Seluruh kawasan menjadi gelap ketika taufan datang
dan suasana menjadi kelam-kabut apabila semua orang berlari ke sekolah dan
bukit berdekatan untuk mencari perlindungan," ujarnya.
Dalam pada itu, AFP melaporkan selepas seminggu tragedi
itu berlaku, seramai 3,976 orang telah terkorban, dengan 1,600 orang
disenaraikan masih hilang, sementara empat juta lagi kehilangan tempat tinggal.
Penduduk juga dilaporkan terputus bekalan elektrik, air
dan bekalan makanan pula dilaporkan masih terhad. – AFP
@Ingatlah, sesuatu bencana atau azab yang menimpa sesuatu
kaum menurut al-Quran boleh jadi disebabkan dosa yang dilakukan. Ia juga sebagai
satu ujian dan cubaan ke atas manusia.
Dalam surah al-A’raf ayat 96, Allah menegaskan kepada
manusia: “Jika sekiranya penduduk kota-kota beriman dan bertakwa, pastilah Kami
akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan
(ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.”
Dalam surah al-A’raf ayat 56 kita temui firman-Nya yang
bermaksud: “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah Allah
memperbaikinya.”
Apakah kita sentiasa perhatikan peringatan Allah ini
dalam liku kehidupan di dunia ini? Jadi, mulai hari ini marilah kita menghayati
sepenuhnya segala pesanan Allah kepada kita.
Janganlah hanya berlaku sesuatu bencana, maka pada ketika
itulah baru kita hendak menyesal.
Bencana alam tidak berlaku begitu sahaja, tetapi menghala
kepada elemen sebab musababnya. Hukum alam dan ujian bencana alam semuanya
datang daripada Allah. Namun, apakah yang kita ambil pengajaran daripadanya?
Insaflah bahawa segala bencana alam itu tidak berlaku
dengan percuma dan berlalu dengan sia-sia, tetapi untuk dijadikan iktibar dan
menimbulkan keinsafan di lubuk hati manusia.
Diberi peringatan lagi untuk renungan bersama;
No comments:
Post a Comment