‘Kemaluan Tidak Berguna’
Hangzhou: Gara-gara kecewa kerana tidak mempunyai
pasangan, seorang lelaki memotong sehingga putus kemaluannya sebelum terpaksa
menahan kesakitan sambil berbasikal ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Masalahnya, lelaki terbabit bergegas ke situ dengan harapan
doktor dapat menyelamatkan kemaluannya tetapi organ berkenaan tidak dibawa
bersama. Dalam kesakitan doktor meminta lelaki terbabit kembali ke rumahnya
untuk mengambil anggota sulit berkenaan sebelum ia dapat dirawat.
Malang menimpa Yang Hu tidak berakhir di situ. Apabila
pemuda berusia 26 tahun terbabit kembali ke hospital bersama kemaluannya, dia
terkejut apabila diberitahu ia tidak dapat diselamatkan.
Jurucakap hospital berkata, kemaluan Yang terbiar tanpa
darah terlalu lama selepas dipotong. “Mustahil kami boleh menyambungnya
semula,” katanya.
Sementara itu rakan Yang berkata, pemuda terbabit semakin
tertekan sejak berpindah dari kampung ke bandar Jianxing untuk mencari kerja. Walaupun
bernasib baik apabila diterima bekerja di sebuah kilang pakaian, Yang kecewa
kerana tidak mempunyai teman wanita.
“Yang akhirnya terlalu kecewa dan yakin tiada mana-mana
wanita ingin berkawan dengannya,” katanya.
Pada Ahad lalu, Yang pulang dari tempat kerja dalam
keadaan amat tertekan dan nekad memotong kemaluannya kerana menganggap ia sudah
“tidak berguna” lagi. -hmetro
“Yang juga percaya tanpa kemaluan, dia tidak lagi
memikirkan mengenai teman wanita,” katanya.
Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam. Sementara itu
rakan Yang mengecam tindakan doktor kerana tidak menyediakan ambulans kepada
pemuda terbabit selepas mendapati dia cedera parah.- Agensi
@Apapun kenalah belajar bersabar sikit. Ketahuilah Allah
menjadikan makhluk perpasang-pasang. Sejak awal keujudan manusia, manusia dapat
perhatikan hubungan berpasangan ini telah wujud. Di mana lelaki pasanganya
wanita, langit pasangannya bumi, matahari pasangannya bulan, siang pasangannya
malam.
Di dalam Islam, kita turut diajar soal dosa pasangannya
pahala, syurga dan neraka, syaitan dan malaikat. Allah berfirman;
“Maha
Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang
ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka
tidak ketahui.” [Yaa Siin:36]
Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadith shahih yang
berbunyi: Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud ra. Katanya: Telah
menceriterakan kepada kami Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya
salah seorang dari kamu sekalian dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya
selama empat pulah hari berupa air mani. Kemudian menjadi segumpal darah dalam
waktu empat puluh hari. Kemudian menjadi segumpal daging dalam waktu empat
puluh hari. Lalu diutus seorang malaikat kepada janin tersebut dan ditiupkan
ruh kepadanya dan malaikat tersebut diperintahkan untuk menuliskan empat
perkara, yaitu: menulis rezekinya, batas umur-nya, pekerjaannya dan kecelakaan
atau kebahagiaan hidupnya”.
Hadith di atas ini adalah berita dari Allah SWT Kepada
seluruh umat manusia, Rasulullah SAW menerangkan bahwa hakikat dari rezeki,
umur, pekerjaan dan kebahagiaan atau kecelakaan termasuk jodoh telah ditentukan
oleh Allah SWT sebelum seseorang lahir ke dunia lagi.
Sebagai seorang lelaki sepatutnya belajar ilmu bagaimana
memikat seorang perempuan, tidak dinafikan ada juga lelaki yang teramat malu jika
berhadapan dengan wanita. Mintalah nasihat dari kawan, kerana tiada masalah yang
boleh diselesaikan. Jika susah sangat, daftar dan masuk saja dalam ruangan
mencari jodoh... abis cerita!. Jangan buat kerja bodoh lagi.. Serios!.
Nantikan di pos akan datang... bagaimana ayat power yang
boleh cairkan hati seorang wanita! Tunggu..
No comments:
Post a Comment