Tuesday, October 1, 2013

Pemberian BR1M dua kali akan sebabkan Melayu malas - Dr Mahathir



Apapun sebelum itu perbetulkan dulu tajuk itu, baca seperti ini... Pemberian BR1M dua kali akan sebabkan Melayu Rakyat malas. 

laporan dari themalaysianinsider

Benar apa yang dikatakan Tun Dr. Mahathir itu, masih berbisa dan bernas lagi Mantan PM kita ni rupanya, malah masih cerdik. Jika memilih pemimpin, pilihlah yang cerdik katanya lagi...

”Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa. Sebaliknya akan berlaku, kamu (parti) akan mempunyai lebih ramai orang bodoh dalam parti,”
                         
“Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin yang lebih pandai kerana takut tergugat,” kata Mahathir dipetik The Malaysian Insider.

Mengulas tentang Pemberian BR1M dari legasinya yang juga cerdik,

"Tak salah kerajaan menghulurkan bantuan kepada orang miskin dan kurang upaya tetapi pemberian itu hanya akan membuatkan rakyat terus bergantung kepada kerajaan. Kerajaan seharusnya melatih dan mencungkil kebolehan rakyat. Bukan hanya terus membiarkan rakyat menunggu bantuan daripada kerajaan," Tun Mahathir.


@Orang dulu pernah berkata, jika sayangkan anak berikan dia kail dan jangan sesekali berikannya ikan. Maksudnya, jika diberikan kail, mereka akan berusaha untuk mendapatkan ikan. Mendapat banyak atau sedikit ikan itu tidak menjadi hal, asalkan ada usaha. Jika diberikan ikan hari ini, esok pasti akan ditunggu lagi...lagi dan lagi!


No comments:

Post a Comment