Lihat
Bagaimana usaha Kerajaan membantu rakyatnya. Tidak kira dimanapun jua, dalam
kehidupan kini yang penuh dengan cabaran dan dihimpit dengan masalah barangan keperluan
yang meningkat tanpa rasa simpati. Bangga pula dengan bandingan harga termurah dibandingkan
di rantau sebelah sini. Masalah gaji yang tidak sepadan tidak pula dibuat
bandingan.. nanti bangkrap pula katanya bapak ayam..
Kerajaan
Negara Orang;
Khidmat bas percuma dilanjutkan
BANGKOK 1 Okt. - Kabinet hari ini bersetuju untuk
melanjutkan perkhidmatan percuma bagi bas bandar raya dan kereta api kelas
ketiga untuk enam bulan lagi, bagi mengimbangi peningkatan kos sara diri.
Lanjutan itu akan berkuat kuasa hari ini sehingga
31 Mac 2014.
Perkhidmatan bas secara percuma ditawarkan oleh
Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Bangkok (BMTA) dengan 800 buah bas disediakan
melalui 73 perjalanan di dalam bandar raya dan wilayah berhampiran.
Beberapa kereta api kelas ketiga di antara wilayah
juga akan menyediakan perjalanan secara percuma. - AGENSI
Lagi
Kerajaan Negara Orang;
Penganggur Arab Saudi dapat RM1600
sebulan
Pemerintah Arab Saudi mula beri faedah baru bagi
lebih daripada satu juta warganya yang menganggur di negeri yang kaya minyak
itu. Besarnya faedah bulan ini meningkat 40 peratus daripada bulan sebelumnya,
dan jauh lebih besar dari pertama kali diberikan akhir tahun lalu.
Melalui program "Hafiz," Kerajaan Saudi memberi
subsidi 2000 riyal atau sekitar RM1600 sebulan selama lebih dari satu tahun
kepada para penganggur. Pemberian faedah baru ini diumumkan Raja Abdullah pada
Rabu, 28 Mac 2012.
"Jumlah faedah bulan ini meningkat 40 peratus
dari bulan lalu, dan sekitar 170 peratus dari Disember tahun lalu, ketika
program pertama kali bermula," kata kakitangan Kementerian Tenaga Kerja
Saudi, Khaledd al-Ajmi.
Lebih dari 80 peratus penerima faedah pengangguran
adalah wanita. Ini membuktikan usaha kerajaan Saudi untuk memberi peluang
pekerjaan bagi kaum Hawa, walaupun mendapat penentangan dari kaum Ulama.
PLUS tawar diskaun mulai 1 Januari
Semua kenderaan ringan (Kelas 1) yang menggunakan
Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya ELlITE, akan menikmati potongan
diskaun 10 peratus dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi.
Pelancaran program insentif perjalanan PLUS itu
bertujuan untuk memberi insentif kepada orang ramai menggunakan lebuhraya di
luar waktu puncak.
Tawaran diskaun tersebut berkuatkuasa selama dua
tahun - dari 1 Januari ini hingga 31 Disember 2010.
Bagi musim perayaan PLUS menawarkan 10 peratus bagi
kenderaan ringan yang menggunakan lebuhraya PLUS antara jam 12 tengah malam
hingga 7 pagi bagi perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali
dan Krismas.
Diskaun tol terkumpul ini akan diberikan dalam
mana-mana enam hari di antara 7 hari sebelum dan 7 hari selepas satu-satu musim
perayaan.
Tawaran ini juga akan berkuatkuasa dari 1 Januari
depan sehingga 31 Disember 2010. – malaysiakini.
@Kalau
nak bagi pun biarlah ada keiklasannya. 12 tengah malam yang beruntungnya cuma kelawar
dan musang saja... Tunggu juga kenyataan..
tak setuju, tak suka duduk sini, berpindahlah ke negara lain! – Bapak Ayam.
No comments:
Post a Comment