Tuesday, October 1, 2013

Ini Sebabnya Kenapa Arab Saudi Larang Wanita Memandu !!




Dua aktivis wanita Arab Saudi memfail tuntutan mahkamah terhadap kerajaan kerana tidak membenarkan mereka memiliki lesen memandu dan mengharamkan wanita daripada memandu.

"Tidak ada undang-undang sebenar yang mengatakan wanita tidak boleh memandu di Arab Saudi, oleh itu tiada alasan yang menghalang mereka untuk mengeluarkan lesen kepada wanita, Hak Saya, Maruah Saya". Kata Manal yang berusaha bagi menghentikan diskriminasi terhadap wanita di negara ini. - Manal al-Sherif, ikon kempen Internet bagi menolak pengharaman wanita daripada memandu.

Manal yang ditahan pada Mei 2011 selama 10 hari selepas memuat turun video dia sedang memandu dalam laman YouTube berkata, dia bertindak demikian kerana dihalang memiliki lesen memandu.

Ini kajian perubatan dan kenyataan dari seorang Ulama;

Memandu boleh rosakkan ovari?

RIYADH - ARAB SAUDI - Seorang ulama terkemuka di Arab Saudi mendakwa bahawa memandu boleh memberi kesan sampingan kepada golongan wanita termasuk merosakkan ovari selain menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah klinikal.

Jumaat lalu, dalam satu wawancara yang dipaparkan di dalam laman sesawang sabq.org, Sheikh Saleh al-Lohaidan turut menyokong hujahnya itu bersama dengan kajian perubatan yang menunjukkan perbuatan memandu sebenarnya memberi kesan secara terus kepada ovari selain menolak pelvis ke atas.

"Perkara ini dapat dilihat dengan jelas kerana wanita yang memandu secara kerap biasanya akan mempunyai anak yang mengalami pelbagai masalah klinikal," jelasnya menurut laporan Reuters.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu susulan daripada tindakan beberapa aktivis yang mengadakan kempen baru untuk membantah larangan tersebut pada 26 Oktober depan.

Cemburu pula bila melihat rakan-rakan dan orang lain mencapat cahayamata, sedangkan baru saja berkahwin...

Sukar Memperolehi Zuriat?

Kira-kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor faktor yang dikenalpasti.

Penyebab Ketidaksuburan:

1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.

2. Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.

Penyebab lain :

1. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.
2 Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.

Selainnya umur, stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon. Memandu kenderaan terlalu lama mungkin juga ada memainkan peranan.



No comments:

Post a Comment