Petani di China
telah berjaya menangkap tikus gergasi seberat 5 kilo, iaitu 10 kali ganda
besarnya dari tikus biasa. Kehilangan ikan di kolam penduduk kampung di
Shaoyang, Hunan, terjawab apabila tertangkapnya tikus gergasi itu yang mampu memakan
3 kilo ikan setiap hari.
Penduduk melihat ia meranduk ke dalam kolam dan mengheret ikan besar ke tepi kolam dan menelannya sekaligus. Ia mempunyai rahang yang sangat besar, menurut laporan tempatan.
Petani tempatan berusaha untuk menangkap binatang itu, yang telah mencetuskan huru-hara di kalangan penduduk kampung. Mereka akhirnya berjaya menangkapnya dan membunuhnya. Mempunyai tulang yang kuat, 2 bilah pisau telah patah semasa menyiangnya.
Tikus adalah
tradisi dimakan di Guangdong, Selatan China, di mana ia boleh dimasak secara tumis,
rebus atau dimasak sup. Ia juga boleh
dipanggang.
No comments:
Post a Comment