Hiasa semata |
Lagi mangsa dari Facebook. Laman sosial yang banyak mengundang buruk
dari baiknya, itu kata aku. Senang cakap, ‘alam khayalan’. Jangan mudah terpesona
sangat dengan janji syurga bulan dan bintang, jika tidak kenal siapa mereka sebenarnya. Mungkin
juga anda mangsa seterusnya... siapa
tahu?. Apapun dalam zaman dunia tanpa sempadan ini, berfikir dulu sebelum
bertindak, supaya nasi tidak menjadi bubur...
Jadikan kes ini sebagai pedoman...
‘Sengat’ abang jongang
Kuala
Lumpur: Seorang mangsa setiap bulan. Itu purata gadis negara ini yang menjadi
mangsa kelicikan seorang kasanova berasal dari Singapura yang setakat ini
merogol dan memperdaya 10 mangsa sejak Januari lalu.
Suspek
baru berusia 25 tahun dan semua mangsa dipancing melalui Internet dengan
memaparkan gambar lelaki berwajah tampan di laman Facebook (FB) sedangkan wajah
dia sebenarnya tidak kacak, malah bergigi jongang.
Sumber
polis berkata, lelaki berbangsa Cina itu juga bijak mengumpan mangsanya dengan
menjanjikan peluang perniagaan serta kemewahan.
Menurutnya,
semua mangsa lelaki kaki belit itu berusia 18 dan 19 tahun yang turut
membabitkan gadis Melayu, Cina serta India.
“Mangsa
terbarunya ialah seorang remaja perempuan berusia 19 tahun berasal dari Johor
yang membuat laporan polis 13 Oktober lalu mendakwa dia bukan saja dirogol,
malah turut disamun hingga kerugian lebih RM2,000,” katanya kepada Harian
Metro, semalam.
Menurut
sumber itu, di dalam aduannya mangsa memaklumkan dia mengenali suspek menerusi
laman FB pada Ogos lalu dan lelaki itu mengumpannya dengan pelbagai kemewahan
termasuk mengajaknya menjadi rakan kongsi untuk membuka perniagaan kafe siber.
“Selepas
dipujuk hampir dua bulan melalui FB, mangsa yang berasal dari Johor kemudiannya
datang ke ibu kota pada 4 Oktober lalu untuk bertemu suspek.
“Mangsa
tiba di Pudu Sentral kira-kira jam 8.30 malam dan disambut suspek, namun mangsa
terkejut apabila mendapati wajah suspek bukanlah tampan sebagaimana dipaparkan
di dalam FB, sebaliknya hodoh dan bergigi jongang,” katanya.
Sumber
itu berkata, mangsa yang tidak mempunyai pilihan kerana tiada kenalan lain di
ibu kota memberitahu dia terpaksa mengikuti suspek sebelum dibawa penjenayah
itu ke sebuah hotel di ibu kota.
“Mangsa
dikurung dalam hotel itu selama enam hari dan dirogol berulang kali. Pada 10
Oktober barulah mangsa berjaya keluar dari hotel itu selepas suspek
menghilangkan diri ketika mangsa menunggunya di lobi hotel berkenaan untuk
dihantar ke stesen bas.
“Suspek
turut melarikan wang tunai dan telefon bimbit milik mangsa bernilai RM2,200,”
katanya.
Menurutnya,
mangsa kemudian pulang ke kampung di Johor dan menceritakan kejadian kepada
keluarga sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.
“Kes
berkenaan dirujuk ke Balai Polis Tun HS Lee dan sedang disiasat Ibu Pejabat
Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur,” katanya.
Harian
Metro difahamkan, setakat ini pihak berkuasa belum berjaya menahan lelaki
terbabit, namun usaha mengesannya sedang giat dijalankan. -hmetro
No comments:
Post a Comment