Saturday, October 19, 2013

Bekas Musuh Islam Tenang Tunai Ibadah Haji




Mina: Dulunya dia lantang menyerang Islam, tetapi penerbit Fitna, filem yang memburukan Nabi Muhammad SAW menemui ketenangan ketika menunaikan haji tahun ini.

Bekas anggota Parti Rasis Geert Wilders, Arnoud Van Doorn memeluk Islam setahun lalu selepas memusuhi Islam sejak beberapa lama.

Van Doorn kesal menyertai produksi filem Fitna dan berkata dia ke tanah suci untuk memohon ampun.

“Saya berharap tangisan kekesalan saya dapat membasuh semua dosa silam saya,” kata Van Doorn.

“I’ve learned so much from such experience. And I believe it is the reason why I am a Muslim now. It is a new beginning of my life I ask God to guide me through”. - Arnoud van Doorn.

Van Doorn menyifatkan Fitna sebuah filem yang mengandungi maklumat salah dan tiada kaitan langsung dengan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, kehidupannya tenang sejak tiba di tanah suci dan berharap dapat menghabiskan lebih masa di Madinah selepas menyempurnakan ibadah haji.

“Saya malu berdiri di depan makam Baginda. Saya kesal menerbitkan filem Fitna. Saya harap Allah mengampunkan saya dan menerima taubat saya.”

Van Doorn berkata dia banyak membaca buku mengenai Islam dan amat kesal memusuhi agama hebat itu. – AP

Lagi baca [di sini]


@Sesungguhnya Islam itu agama yang benar. Tidak terkecuali pada semua isi seluruh alam ini. Sebagaimana firmanNya;

تُسَبِّحُ لَهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتُ ٱلسَّبۡعُ وَٱلۡأَرۡضُ وَمَن فِيہِنَّ‌ۚ وَإِن مِّن شَىۡءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمۡدِهِۦ وَلَـٰكِن لَّا تَفۡقَهُونَ تَسۡبِيحَهُمۡ‌ۗ إِنَّهُ ۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورً۬ا

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
[Al-Isra: 44]


Allah Azza wa Jalla berfirman:

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

“Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang ada dilangit dan di bumi berserah diri kepada-Nya, (baik) dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada-Nya-lah mereka dikembalikan ?”
[Ali ‘Imran: 83]


Allah Azza wa Jalla berfirman:

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Dan barangsiapa mencari agama selain agama Islam, dia tidak akan diterima, dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi.”
[Ali ‘Imran: 85]


Allah Azza wa Jalla berfirman:

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan ridha kepada kamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).’ Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, maka tidak akan ada bagimu Pelindung dan Penolong dari Allah.”
[Al-Baqarah: 120]

Akibat kedegilan itu, Allah menjanjikan apa yang mereka kerjakan.

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
[Al-araf: 179]

No comments:

Post a Comment