Wednesday, October 2, 2013

Apa Nak Buat Jika Rumah Selalu Dipecah Masuk??



Siapa yang tidak rasa sakit hati, susah payah dengan penat jerih untuk mencari rezeki, namun ada malaun yang senang-lenang merembat segala harta yang tak seberapa itu!. Itulah kejadian yang berlaku dimana-mana. Apakah tidak ada tempat yang selamat lagi di dunia ini?
 Bilik Latifah bersepah akibat digeledah pencuri dalam kejadian
pecah rumahnya di Kampung Lada.

Jangan pula disalahkan pada takdir, kerana sesuatu yang berlaku itu adalah dengan Izin Allah jua. Bermuhasabah dan kembalilah pada hakikat bahawa sesuatu yang berlaku itu tentu ada sebabnya...

7 kali jadi mangsa jenayah

CHENGKAU – Seorang warga emas di Kampung Lada, dekat sini, bimbang apabila kediamannya sering dijadikan sasaran penjenayah.

Latifah Lebai Abd Aziz, 73, berkata, sudah tujuh kali dia menjadi mangsa pecah rumah dan ragut sejak dia menduduki rumah berkenaan penghujung 90an.

Terbaru, dalam kejadian 7 pagi semalam, rumahnya sekali lagi menjadi sasaran penjenayah apabila dia menyedari tingkap di bahagian belakang rumah dibuka serta geriginya telah dirosakkan.

Bagaimanapun menurutnya, dalam kejadian itu, pencuri berkenaan dipercayai tidak membawa lari barang berharga dari rumahnya walaupun terdapat kesan geledah di kesemua bilik dalam rumah berkenaan.

“Dah tujuh kali, ada rumah dipecah masuk, ada kena ragut. Jadi, Wab memang tidak simpan barang berharga lagi kerana gusar kejadian seperti ini berlaku. 

"Bilik Wan habis digeledahnya sehingga Wan pun tidak tahu berapa lama untuk kemaskan kembali bilik ini. Namun, Wan bersyukur, ketika kejadian, Wan tiada di rumah kerana menumpang tidur di rumah abang, Baharudin Abd Aziz, 75, di Kampung Relong," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes kini disiasat di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. -Sinarharian.

Lihat video ini;
USTAZ SHARHAN AYAT JAGA DIRI & RUMAH


No comments:

Post a Comment