Beijing:
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dari Huaxi, China menjalani pembedahan
melahirkan anak selepas doktor mendapati dia ‘hamil’. Xiao Feng dibawa ke
hospital selepas perutnya membuncit hingga dia sukar bernafas.
Sebaik
dimasukkan ke hospital, doktor melakukan imbasan X serta imbasan MRI dan
mendapati Xiao Feng membawa janin kembarnya sendiri di dalam perutnya. Dia
kemudian segera dibawa ke bilik pembedahan.
Di samping
itu, janin yang dibuang oleh kumpulan doktor berkenaan berukuran 20 sentimeter
dan mempunyai tulang belakang lengkap serta tangan dan kaki termasuk jari
tangan dan jari kaki.
Kembar parasit
berkenaan mungkin menjadi bayi lelaki dan sudah memenuhi hampir dua pertiga
daripada perut Xiao Feng dan jika tidak dibuang boleh menyebabkan kanak-kanak
terbabit mati.
Menurut pakar,
kembar biasa terbentuk apabila telur berpecah kepada dua bahagian selepas
persenyawaan, manakala kembar siam pula terjadi apabila telur gagal berpecah
sepenuhnya.
Sementara itu,
pakar neonatologi di Hospital Kanak-Kanak Rainbow di Cleveland, Dr Jonathan
Fanaroff berkata, sesetengah kembar siam boleh menjadi parasit, tetapi ia tidak
berlaku apabila satu kembar menyerapi pasangannya. - Agensi
Lihat video
[Di Sini]
No comments:
Post a Comment