Wow!
Sorylah kalau tajuk tu dilihat macam terlampau sangat la pulak. Tapi aku kira
tajuk tu yang paling sopan sekali... dengan apa yang aku nak postingkan kali
ini. Ini cerita bukanlah rekaan semata, tapi kisah benar seperti apa yang
ditulis oleh wartawan metro Shamran Sarahan, betapa parahnya penyakit sosial
sekarang ini. Ini bukan cerita baru sebenarnya. Kebanyakan orang tak perasan
pun, liciknya bagaikan belut. Selicik-licik belutpun... akhirnya jadi kuah
laksa juga!
Mintak
simpanglah perkara ini tidak berlaku pada batang hidung sendiri, mahupun sesiapa
yang tengah mengskodeng blog aku ni.. sama-samalah kita panjatkan doa kepada
Allah supaya dilindungi dari malapetaka ini.
Ditakdirkan
menjadi seorang lelaki yang terpaksa menanggung segala dosa atas perbuatan
orang lain di hari pembalasan nanti di negeri bernama Akhirat. Mana tidaknya; [1].
Ayah/Abah/Papa akan dipersoalkan nanti tentang amalan Isterinya dan
Anak-anaknya. [2]. Anak Lelaki akan dipersoalkan
tentang Umi/Ibu/Mama, Isterinya dan saudara perempuannya. Makanya semua akan terpikul di
bahu seorang lelaki. Jika baik amalan
mereka, beruntunglah kamu. Jika sebaliknya, celakalah padahnya!
Kembali
pada tajuk, semasa di kampung dulu selaku juga lihat ayam buat aksi porno,
habis disapunya sekandang ayam betina tak kira ayam tua atau pun ayam dara,
habis disapunya semua sekali. Itu ayam! Yang
tak sekolah dan tak beragama. Jika manusia pula mengikuk jejak rasmi ayam tadi...
nak dipanggil apa pula?.
Dalam
hukum alam, wanita diciptakan untuk menyenang dan memtenteramkan kaum
lelaki. Ikatan dalam perkahwinan itu perlu berlaku adil, wanita pakaian lelaki,
begitulah juga lelaki pakaian wanita.
Dalam
Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah SAW yang merupakan
perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia. Orang yang berkahwin akan dapat
mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.
Mereka
ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai
khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia. Orang
berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli
keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan
keluarga mendapat pahala daripada Allah.
Perkahwinan
merupakan suatu sunnah Rasulullah SAW bagi meneruskan dakwahnya mengatasi
masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam
untuk melahirkan generasi yang soleh.
Sabda
Rasulullah SAW maksudnya:
Daripada
Anas r.a, katanya telah bersabda nabi SAW bahawa perkahwinan adalah sunnahku,
sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.
Allah
SWT menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan,
berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara
yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang
sah.
Jom
lihat apa masalah ayam ini sebenarnya...
Anis Hanya Mahu Teman Seks
KUALA LUMPUR: Mereka bukan wanita simpanan atau
kekasih siapapun. Sebaliknya, golongan ini sekadar inginkan lelaki sebagai
teman asmara atau ‘sex buddy’ untuk memenuhi nafsu serakah.
Itulah cara hidup ala Barat yang menjadi
sebahagian gaya hidup wanita di negara ini. Golongan ini biasanya duduk
sebumbung bersama lelaki pilihan mereka tanpa ikatan perkahwinan sah.
Wanita berkenaan hanya memilih lelaki yang
sama-sama tidak inginkan komitmen, tidak mahu bercinta dan berkahwin secara
formal. Seks hanya untuk memenuhi naluri dan nafsu.
Gaya hidup bebas dan tidak bermoral ini
didedahkan kepada Metro Ahad (MA) daripada sumber yang hanya mahu dikenali
sebagai Aliza, 26, dan menetap di sekitar Kuala Lumpur.
Menurut Aliza, dia tinggal serumah dengan Anis,
32, janda berasal dari Sabah yang memilih teman seks untuk memenuhi tuntutan
batin.
Katanya, teman asmara Anis dikenali sebagai
Rizal, kakitangan swasta yang tinggal di selatan tanah air, dan mereka bertemu
seminggu hingga dua minggu dalam tempoh tertentu untuk bersama.
“Anis pernah beritahu saya, dia serik dengan
kegagalan dalam perkahwinannya sebelum ini. Sebab itu apabila berkenalan dengan
Rizal, dia tidak mahu berkahwin dan lebih senang dengan cara hidup sekarang.
“Saya pernah persoalkan sampai bila mereka mahu
hidup begitu? Anis menegaskan dia tidak bersedia untuk bersuami semula kerana
sibuk dengan komitmen perniagaan. Rizal juga berpendirian sama dan tidak ingin
berkahwin,” katanya.
Mengenai perkenalannya dengan Anis, Aliza
berkata, mereka tinggal bersama sejak 2008. Namun, Anis jarang ada di rumah
kerana sibuk dengan perniagaan kosmetik yang diusahakannya bersama sebuah
syarikat pemasaran bertingkat (MLM).
“Yang saya tahu, bila Anis ada di rumah, Rizal
pun ada bersama. Pernah juga Anis beritahu, dia akan tinggal bersama Rizal jika
tidak berada di Kuala Lumpur,” katanya.
Bagi membuktikan kebenaran dakwaan Aliza,
wartawan MA cuba memujuk Aliza untuk bertemu Anis. Tanpa mendedahkan identiti
sebenar, wartawan sempat bersua dengan Anis bersama Aliza di sebuah restoran
berhampiran kediaman mereka di Jalan Bukit Bintang.
Ikuti perbualan ringkas antara Anis dan
wartawan:
Wartawan (W): Kenapa Anis tidak mahu berkahwin?
Anis (A): Saya tak kisah apa orang cakap. Lagi
baik begini, saya dengan hidup saya, Rizal dengan hidupnya.
W: Bukankah lebih bagus kalau berkahwin,
masing-masing boleh bagi komitmen?
A: Laa... saya buat begini pun sebab tidak mahu
apa-apa komitmen. Lagipun, saya sibuk dengan kerja, itu saja sudah cukup.
W: Rizal tidak kisah, tidakkah dia sayang kamu?
A: Dari awal lagi saya ingatkan dia (Rizal),
jika pilih saya sebagai pasangan, lupakan soal sayang dan jangan fikir hendak
kahwin. Saya tidak perlukan semua itu. Dapat ‘tidur’ dengan saya sudah cukup,
saya tidak mahu lebih daripada itu.
W: Kenapa Anis pilih hidup macam ini?
A: Amboi... banyak tanya pula? Saya serik dengan
perkahwinan pertama. Saya masih ingin berkerjaya dan tidak mahu memikirkan soal
rumah tangga. Saya hanya perlukan Rizal untuk temankan saya.
Sepanjang berbual dengan Anis, dia lebih banyak
cuba memujuk wartawan menyertai perniagaan MLM yang diusahakannya.
Apabila wartawan cuba mengutarakan lagi beberapa
pertanyaan mengenai cara hidupnya, dia hanya mengatakan tiada apa yang perlu
dihairankan.
“Ramai rakan saya yang begini. Kami cuma mahu
hidup bebas tanpa kongkongan lelaki.
“Perkahwinan bagi saya membebankan. Namun saya
tidak nafikan saya perlukan sentuhan lelaki, jadi inilah cara terbaik untuk
memilih pasangan, tidak perlu berkahwin tetapi saya dapat apa yang saya
kehendaki,” katanya.
Sementara itu di lokasi berlainan, Aliza sempat
memperkenalkan wartawan MA dengan seorang pengurus syarikat swasta di Kuala
Lumpur yang menjalani hidup sama seperti Anis.
Wanita berkenaan hanya dikenali sebagai Nita,
33, dan tujuh tahun hidup sebumbung bersama teman lelakinya.
Ketika ditanya mengapa dia memilih hidup begitu,
jawapan sama diberi iaitu mereka tidak mahukan komitmen perkahwinan.
“Saya bayar kereta, belanja makan dan
perbelanjaan lain dengan wang sendiri. Teman lelaki saya pun sama.
“Saya bebas untuk berbuat apa saja, kami tidak
perlukan apa-apa ikatan. Yang penting, saya ada teman untuk ‘bersama’,”
katanya.
Sempat juga wartawan menyindir gaya hidup bebas
ala Barat yang mereka jalani itu bagaikan hidup orang tidak beragama dan tidak
sesuai dengan budaya orang Melayu.
Nita hanya tersenyum dan dengan selamba berkata,
dia tidak kisah pandangan masyarakat terhadap apa dilakukannya.
“Saya ada wang dan kerjaya bagus. Kenapa saya
perlu ambil peduli apa orang cakap, apa yang saya buat adalah hak individu.
"Kahwin pun tidak menjamin apa-apa, lihat
sekarang pun ramai pasangan asyik bercerai berai. Lagi bagus begini,
sekurang-kurangnya saya dan teman lelaki tidak terikat dan bebas dengan apa
yang kami ingin lakukan,” katanya.
Ini
pula kisah ayam tua...
Projek dengan 30 ‘pucuk muda’
Kuala Lumpur: Kurang belaian daripada suami
menjadi alasan kepada seorang isteri berusia 53 tahun menjadi liar dengan
‘memburu’ lelaki muda untuk memenuhi tuntutan batinnya.
Walaupun bergelar nenek, Rina (bukan nama
sebenar) membuat pengakuan mengejutkan kepada wartawan Metro Ahad apabila
mendakwa melakukan hubungan kelamin berulang kali dengan lebih 30 lelaki muda
berusia 20-an hingga 30-an sejak lapan tahun lalu.
Rina yang bertugas sebagai eksekutif syarikat
swasta di ibu kota mendakwa tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan ‘pucuk
muda’ secara percuma selepas menjadi ahli aktif dalam sebuah laman sosial
antarabangsa untuk mencari kenalan baru lelaki yang boleh dijadikan teman
ranjang.
Pemantauan Metro Ahad mendapati lebih 600,000
individu di negara ini, termasuk lepasan sekolah dan warga emas, mendaftar
dalam laman sosial itu. Individu terbabit yang berusia lingkungan 18 hingga 56
tahun membabitkan wanita, lelaki, pondan, gay dan lesbian.
@ Pesanan buat aku juga kau; Selagi ada dan
diberikan kesempatan, bersolatlah di belakang Imam, sebelum di solatkan di
hadapan Imam. Renung-renungkan dan selamat beramal...
No comments:
Post a Comment