Tiap pasangan yang berkahwin sudah tentu menginginkan
zuriat sendiri. Tentu ada masalahnya apabila 10 atau 15 tahun berkahwin, masih
gagal juga untuk hamil. Pelbagai cara dan usaha dilakukan, namum jawapannya
tetap sama. GAGAL!. Perasaan cemburu sentiasa ada jika melihat pasangan lain
ceria melayan keletah anak kecil... seolah dia adalah racun dan dia juga adalah
nyawa...
Namun ada sinar baru yang menanti, dikhabarkan barita
baik apabila penyelidik perubatan berjaya membuatkan wanita yang menghadapi
masalah kemandulan untuk hamil.
Thousands of
women who have gone through early menopause could be offered new hope by a pioneering
fertility treatment which enabled one infertile lady to have a baby (pictured
with researcher and obstetrician Kazuhiro Kawamura)
Bayi
lahir hasil eksperimen ovari wanita menopaus
WASHINGTON - Seorang
bayi berjaya dilahirkan di Jepun menggunakan teknik menyuburkan kembali rahim
wanita meno paus bagi menghasilkan sel telur, kata beberapa saintis
antarabangsa kelmarin.
Kajian itu diterbitkan
dalam sebuah jurnal Amerika Syarikat (AS), Proceedings of the National Academy
of Sciences.
Menurut jurnal
tersebut, seorang lagi wanita dilaporkan turut hamil menerusi kaedah sama. Pasukan
penyelidik berkenaan memberi tahu, teknik itu dapat menawarkan harapan kepada
wanita mandul untuk hamil.
Kerjasama kajian
teknik itu melibatkan saintis Universiti Stanford, AS dan Sekolah Perubatan
Universiti St Marianna di Jepun. Ia melibatkan rahim dikeluarkan dengan
sel-selnya disuburkan di makmal sebelum dimasukkan semula ke dalam tubuh
pesakit.
"Teknik ini perlu
diperbaiki tetapi kami menjangkakan ia dapat membantu 25 hingga 30 peratus
wanita yang menghadapi masalah kemandulan," kata Profesor Aaron Hsueh dari
Universiti Stanford. - Agensi
Baca lanjut di;
No comments:
Post a Comment