Jujur aku
mengatakan, amat jarang menonton cerita drama melayu di kaca TV. Kerana apa, bagi
pendapat aku cerita yang cuba sampaikan membosankan. Jika dalam filem hindustan
tidak sah jika tidak ada kereta api, samalah juga dalam drama melayu wajib ada
rumah banglo besar, kereta mewah, datuk-datin, bisness juta-juta. (ini juga
cabaran kepada para pengarah di luar sana. Bagilah apa yang orang nak, bukannya
bagi apa yang kita nak!)
Jujur! aku sebenarnya nak tengok Zara belakon jer..
sebab dia bagus dalam Love You Mr. Arrogant yang
sedang ditayang di TV3. Selamat maju jaya Zara..
Bukan disebabkan
pelakon tidak berbakat, mungkin jalan cerita yang agak streotype.. dah boleh
agak apa penamatnya. Bagi sebuah penceritaan yang baik, drama itu mampu membawa
kita ‘mengembara’ sekali dan ingin tahu apakah yang akan berlaku selepas itu...
Pendapat aku
berpusing 360 darjah bila ‘tertonton’ sebuah drama melayu berjodol Tanah Merah.
Drama bersiri yang telah disiarkan melalui saluran ntv7, diterbitkan oleh Kabir
Bhatia pada bulan April lalu.
Drama bersiri
Melayu penuh kelainan di ntv7 itu membariskan pelakon muda berbakat, Aishah Hoo
sebagai teraju utama serta barisan pelakon hebat lain seperti Wan Raja, Norman
Hakim, Hakim Yazid, Nazeera Sardi, dan Zara Zya yang berkisar tentang misteri di sebalik
sebuah tragedi dan cinta.
Drama
berkisar dengan elemen penyiasatan dan plot keberanian seorang wartawan gadis
muda. Sifat ingin tahu, ingin mencari keadilan dan kesahihan sesuatu fakta
pastinya menjadi antara tugas penting buat seseorang yang bergelar wartawan
untuk dikongsikan bersama. Di situlah bermulanya pencarian Johanna (Aishah Hoo)
seorang wartawan muda dan berani tetapi terperangkap dengan batasan dan tekanan
daripada editornya.
Namun
semuanya berubah apabila Maryam (Nazeera Sardi) ingin mendapatkan pertolongan
Johanna untuk menyiasat tentang misteri kematian ayahnya, Hassan (Mior Fareez)
pada 10 tahun lalu di sebuah kawasan peranginan, Tanah Merah. Lebih tragis
sejurus pertemuan itu Maryam dilaporkan menghilang dan dikhuatiri meninggal
dunia dalam cara yang hampir sama dengan arwah ayahnya. Walaupun mendapat
tentangan daripada editornya, Encik Roslan (Rahim Omar), Johanna tetap tekad
untuk membongkar pembunuhan misteri di Tanah Merah dan siasatan itu bakal
bermula dengan rentetan diari Maryam yang ditemuinya.
Misi
baru Johanna tidak semudah yang disangkakan apabila kehadirannya di Tanah Merah
mula kurang disenangi penduduk di situ. Tiada siapa yang tahu apakah yang
sebenarnya terjadi dengan Hassan apatah lagi Maryam. Mulut mereka bagaikan
terkunci ataupun memang tiada rahsia di sebaliknya. Namun itu sesuatu yang
mustahil. Setiap tragedi pasti ada alasan disebaliknya. Semakin hari pelbagai
perkara aneh dan tragedi ngeri berlaku. Malah satu per satu kes kematian dan
pembunuhan mula terjadi dan menghantui kawasan peranginan tersebut. Tanah Merah
yang kelihatan aman sebelum ini mula berubah sekelip mata. Setiap daripada
mereka mempunyai sesuatu rahsia yang sukar diungkapkan dan Johanna akan terus
bermain dengan pelbagai persoalan dan menanti saat segala yang tersirat itu
dibongkarkannya sendiri.
Namun
di dalam detik sukar itu jugalah Johanna dipertemukan dalam kisah cinta segi
tiga bersama seorang jejaka tampan dan egoistik, Ibrahim (Wan Raja) yang
berjaya menyentuh hatinya dan anak pemilik Tanah Merah, Shah Amran (Hakim
Yazid) yang sangat mesra dan tahu mengambil hatinya. Apakah yang sebenarnya
terjadi di dalam tragedi 10 tahun dahulu? Mengapakah kehadiran Johanna
seolah-olah membangkitkan sesuatu yang terpendam? Mampukah segala misteri
dibongkar dan siapakah bakal memiliki hati Johanna?
Lihat promo ini dulu..
Untuk membongkar
misteri itu, sila layari laman sesawang www.tonton.com.my
@Aku rasa terkilan
dan tak puas menonton drama Cinta Jannah, endingnya bagus, tapi kenapa pengarah
tidak menggarapkan babak hubungan Jannah (Nelydya Senrose) dan keluarganya bertaub
kembali setelah dibuang dari keluarga itu?
No comments:
Post a Comment