Wednesday, October 23, 2013

Lagi Bahana Laman Sosial




Ramainya syaitan dari manusia disebalik skrin yang boleh mengakses lamanweb. (sorry, bukan anda!, mungkin orang lain..). Senang cerita tempat sesuai mencari mangsa baru. Tak kiralah samada nak menipu, cinta plastik atau apa saja yang boleh dapat keuntungan.

Awas dengan manusia bertopeng syaitan ini, dalam kata-kata manis itu ada umpan yang tersembunyi. Untung-untung kena getahnya! Suka aku berpesan pada diri ini dan sahabat sekelian.. Amati dan dalami erti kata-kata ini...

Lihat Boleh, Percaya Jangan!

...Menurutnya, suspek bekerja sebagai operator mesin dan mangsa yang baru selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu adalah kenalan dan dikatakan mengenali antara satu sama lain melalui internet beberapa bulan lalu...

Mayat remaja perempuan dalam beg pakaian

KLANG - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilapor gagal pulang ke rumahnya selepas keluar sejak pagi semalam, ditemui mati dalam keadaan mayatnya disumbat di dalam beg pakaian di Jalan Kebun Nenas di sini malam ini.

Mayat gadis itu yang dipercayai dibunuh seorang lelaki yang dikenalinya melalui Internet, ditemui polis yang dibawa oleh suspek ke lokasi pada pukul 9 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan awal menemukan kesan luka dan pendarahan pada kepala dan tangan mangsa.

Suspek yang berusia 23 tahun itu diberkas polis pada pukul 6.30 petang tadi di rumahnya di Kelana Jaya. Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek lebih 12 jam lalu, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di pada pukul 1.30 pagi selepas anaknya gagal pulang, sejak keluar dari rumah mereka di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada pukul 11 pagi semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. – Bernama

Betapa sedihnya orang yang ditinggalkan...
Klik untuk lihat video.