Tips Malam Pertama Menurut Islam sebagai panduan kepada
pasangan suami-isteri melayari kenangan yang terindah itu...
Tidak dinafikan ini juga akan berlaku...
Nikah tiga bulan, tapi masih dara
Saya
berusia 21 tahun dan mendirikan rumah tangga hampir tiga bulan, tetapi sehingga
kini saya masih bergelar anak dara.
Masalah
ini berpunca daripada diri saya sendiri yang terlalu ‘takut’ untuk menghadapi
situasi malam pertama.
Saya
tidak tahan sakit kerana saya mempunyai banyak masalah kesihatan dan sering
disuntik di hospital dan klinik.
Masalah
ini membuatkan saya takut untuk menghadapinya. Saya sering berfikir macam-macam
ketika saya dan suami hampir melakukan hubungan seksual. Suami saya seorang
yang sihat dan langsung tiada masalah untuk mengadakan hubungan.
Pelbagai
usaha sudah kami lakukan termasuk bertanya kepada doktor di klinik kesihatan,
tetapi masih tidak berhasil.
Bagaimanakah
cara untuk menghadapi malam pertama dalam keadaan paling tidak menyakitkan?
Adakah
boleh menggunakan bius kerana saya seorang yang tidak tahan sakit?
Adakah
boleh suami saya melakukan penetrasi ketika saya sudah klimaks? Adakah ini akan
mengurangkan kesakitan? Bagaimanakah posisi paling sesuai untuk mengurangkan
kesakitan?
Nurul,
Pahang
Beberapa
pesakit saya mempunyai masalah sedemikian selepas berkahwin selama lebih lima
tahun, namun hampir semua (kecuali satu pasangan) yang tidak berjaya bersama
dalam masa tiga bulan mendapatkan nasihat. Walaupun tiga bulan kelihatan jauh
berbeza dengan lima tahun, perkara yang baik dan halal usahlah dibiarkan
berlanjutan.
Saya
tidak mempunyai teknik khas sewaktu memberikan panduan. Secara amnya, saya
hanya memberikan penerangan mengenai rupa selaput dara yang sebenar kerana
ramai yang menyangka ia seperti dinding yang perlu ditembusi.
Istilah
‘pecah’ atau ‘tebuk’, malah istilah ‘selaput’ itu sendiri juga mengelirukan.
Saya juga akan memeriksa keadaan selaput dara kerana kadangkala terdapat
selaput dara yang pelbagai bentuk yang boleh menyukarkan penetrasi zakar.
Suami
juga digalakkan hadir bersama bagi mengesahkan sudut penetrasi, kadangkala
kawasan tepi bahagian belakang luka melecet dan ini tambah menjadikan isteri
kesakitan lantas menolak penetrasi. Posisi hubungan, belaian suami serta
bantuan pelincir juga akan dibincangkan.
Lihat ini juga;
12 Tips Malam Pertama Menurut Islam
Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah
penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang
menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta
menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.
Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran
Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :
Kebenaran niat
Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk
menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, "Tiga orang yang
memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah,
seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang
menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya.”
(HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)
Berhias dan mempercantik diri.
Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan
apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali
terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu
diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain,
mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan
pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu.
Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa
dikenakan kaum wanita.
Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan
dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya
dengan cara yang baik. Firman Allah swt:
“Akan
tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya.” (QS.
Al Baqoroh : 228)
Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di
dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin
emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan
pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang
dikecualikan syariat.
Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya
Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam al Musnad dari Asma
binti Yazid bin as Sakan berkata, "Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah
saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan
Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau
meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan
kepalanya kerana malu. Asma berkata, "Maka aku menegurnya.” Dan aku katakan
kepadanya, "Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw.” Asma berkata, "Maka
Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit.”
Mendoakan isterinya.
Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya
dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw,
“Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang
wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu
menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan
mengatakan :
Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma
Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih.
Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu
kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku
berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan
kepadanya..”
Melaksanakan solat dua rakaat
Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan
kepada Abi Huraiz,” Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang
(suaminya) dan berdoa,”
Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii.
Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi
Khoirin.
Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan
berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan
dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan
juga. ”
Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat
menggauli isterinya.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, "Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,
بِسْمِ اللهِ اَللَّھُمَّ جَنِّبْنَا الشَّیْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّیْطَانَ مَا
رَزَقْتَنَا
Bismillaahi Alloohumma jannibnasysyaithoona wa
jannibisysyaithoona maa rozaktanaa
Ertinya:
“Dengan Nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari syaitan,
dan jauhkan syaitan untuk mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami.”
Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di
antara suami isteri
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat
itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu
beliau saw bersabda, "Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang
dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa
yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, "Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu
juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw
bersabda, "Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan
laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (syaitan laki-laki)
menutupi (syaitan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya.
Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih
utama
Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin
kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga
dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari
Abi Said al Khudriy berkata, Rasulullah saw bersabda, "Apabila seorang dari
kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah
di antara kedua (jima) itu.”
Didalam sebuah riwayat, 'Seperti wudhu hendak solat.'
(HR. Muslim) Abu Naim menambahkan, "Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan
tenaganya.”
Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud
dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak
menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku
bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali
mandi?’ beliau saw menjawab, “Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih.”
Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan
junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu,
sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar
berkata, "Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam
keadaan junub?’ beliau saw menjawab, “Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam
sebuah riwayat, “Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah.”
Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah
kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw,
"Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab, “Ya
dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau.” Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari
Aisyah berkata, “Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa
menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi.”
Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana
diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, “Rasulullah saw jika dirinya
junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum.”
Mandi berduaan
Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara
bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim
dari Aisyah berkata, “Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara
diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku
mengatakan,” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, “Mereka
berdua dalam keadaan junub.”
Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang
dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya. Didalam hadith yang
diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata, “Aku
berkata, “Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’
beliau menjawab, “Jagalah auratmu kecuali terhadap isteri atau budakmu.” Maka
dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh
badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini,
kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan
menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.
Bersenda gurau dengan isteri
Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan
isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw : “Mengapa bukan dengan
gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu.”
(HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim, “Engkau akan bahagia
dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”
Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik
adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan
menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau
mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.
Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya
dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari
Aisyah berkata, “Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau
keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi.” Ini sebagai dalil bahwa mencium
isteri tidaklah membatalkan wudhu.
Dibolehkan ‘Azal
Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu
mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan
oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, “Kami melakukan ‘azal
sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, “Kami melakukan
‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau
saw tidaklah melarangnya.”
Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan
‘azal kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan
kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu
memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, “Nikahilah
oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan
kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di
hadapan semua umat pada hari kiamat.”
Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim
melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..
Mengunjungi kerabat pada pagi harinya
Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi
kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..
Berdasarkan hadith Anas berkata, “Rasulullah saw
mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan
roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin
(isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka
dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada
pagi hari setelah malam pengantinnya.”
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.... -iluvislam
Lihat ini juga;
No comments:
Post a Comment