Tuesday, October 22, 2013

Baik Buruk Kahwin Campur



 
SABRINA membuat bantahan aman 
di hadapan mahkamah.


Mogok nak balik Malaysia

Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang menuntut di sebuah sekolah berasrama di Nelson, New Zealand melakukan mogok lapar bermula semalam sebagai tanda bantahan apabila tidak dibenarkan pulang menziarahi neneknya yang sakit di Malaysia.

Difahamkan, sebuah Mahkamah Keluarga di Nelson mengeluarkan perintah agar pasport remaja itu, Sabrina Ng disekat selepas ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya membuat permohonan melarangnya pulang ke Malaysia.

Bapa Sabrina, Ng Ghim Hwa, 51, ketika dihubungi Harian Metro berkata, anaknya sepatutnya pulang bersamanya ke Malaysia Sabtu lalu.

Bagaimanapun, katanya bekas isterinya, Ellen Cabiling Bonilla, seorang rakyat Filipina memohon kepada mahkamah keluarga di Nelson untuk mengenakan sekatan ke atas pasport anaknya dalam usaha mencegahnya pulang ke Malaysia.

Ng berkata, dia berkahwin dengan Bonilla pada 1998 sebelum isterinya meninggalkan dia bersama Sabrina pada 2008.


@Komen dari aku; Inilah bahananya apabila berbangga dapat berkahwin dengan orang asing. Contoh paling baik bila seorang lelaki Bosnia bersekedudukan dengan sorang wanita berbangsa Cina dan menuduhnya hanya ingin mendapatkan baka baik lagi berkualiti. Dituduhnya pula wanita itu kuat seks hingga perlu main 6 kali sehari!

Tidak dinafikan, ada pasangan yang hidup bahagia dan banyak pula mengakhiri episod dengan perceraian dan perebutan hak penjagaan anak. Akhirnya anak yang tidak berdosa akan menjadi mangsa. Mangsa keadaan. Banyak pula kita mendengar dan terbaca didada-dada akhbar antara lain;

-Isteri meroyan bila dua anak dilarikan bekas suami,
-Dilayan seperti sampah dan sering didera,

Oleh itu apa yang mampu dikatakan, percintaan itu indah, soal hati dan perasaan yang tidak boleh dipaksa namun ada ketentuannya. Ambillah iktibar dari peristiwa sebelum ini. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu ‘Anhu yang bermaksud:

“Sesungguhnya seseorang itu diciptakan dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah, 40 hari menjadi segumpal darah, 40 hari menjadi segumpal daging, kemudian Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan menuliskan 4 ketentuan, iaitu tentang rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya, dan (jalan hidupnya) sengsara atau bahagia”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).


Baca juga yang ini..
Kesan negatif perkahwinan campur

Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang berlainan agama, bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau bangsa yang juga dipanggil Epistonolgical.

Perkahwinan campur telah lama dipraktikkan dalam sejarah terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara negara, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Oleh itu, perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia. Masyarakat majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak dulu hingga kini.

Islam juga tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan termasuklah perkahwinan campur asalkan ianya menurut kehendak syarak, seperti dinyatakan dalam ayat al Quran;

وَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تُقۡسِطُواْ فِى ٱلۡيَتَـٰمَىٰ فَٱنكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ ٱلنِّسَآءِ مَثۡنَىٰ وَثُلَـٰثَ وَرُبَـٰعَ‌ۖ فَإِنۡ خِفۡتُمۡ أَلَّا تَعۡدِلُواْ فَوَٲحِدَةً أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَلَّا تَعُولُواْ

Ertinya: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

Perkataan kahwin campur bermaksud sebuah perkahwinan yang melibatkan dua orang yang mempunyai agama, kewarganegaraan dan bangsa yang berlainan. Oleh itu, kahwin campur boleh dikelaskan kepada 3 kategori, iaitu, kahwin campur antara kaum, kahwin campur antara negara dan kahwin campur antara agama.

Secara idealnya, perkahwinan campur dapat memupuk persefahaman antara pelbagai kaum namun realitinya konflik kadang-kadang terjadi sekiranya pasangan tidak dapat mengadaptasi perbezaan budaya, di tambah pula dengan tiadanya tolak ansur di antara kedua-dua belah pihak. Pegangan agama juga mudah goyah dan sesat disebabkan terikut-ikut budaya asing yang lebih terbuka.

Berkemungkinan juga akan timbulnya masalah komunikasi antara pasangan dan ahli keluarga dan kadangkala akan timbul pula masalah, khususnya bagi kita umat Islam. Jika pasangan tersebut bukan Muslim tentulah sukar bagi kita untuk menerima sesetengah adat serta amalan yang mereka lakukan. Misalnya, meminum arak, pergaulan bebas, berzina, berjudi adalah di antara amalan biasa dalam era globalisasi ini.

Dari aspek masyarakat, akan wujud masalah perbalahan kaum disebabkan oleh sikap etnosentrik dan prejudis terhadap kaum lain. Tambahan lagi, jika terdapat halangan keluarga, dimana keluarga pasangan tidak mahu pasangan bertukar agama. Contohnya, hubungan kekeluargaan yang erat dianggap penting dalam masyarakat Melayu justeru, mereka lebih gemar membina hubungan perkahwinan dalam kelompok mereka sendiri.

Masyarakat Melayu tidak menggalakkan anak mereka mengahwini orang luar  seperti bangsa India atau Serani kerana dikhuatiri akan kehilangan anak serta sering dipukul atau didera. Mereka juga khuatir jika anak-anak mahu berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islam. Mereka tidak mahu anak-anak ini terpengaruh dengan ajaran agama lain dan yang paling membimbangkan mereka ialah anak-anak akan hilang akidah lalu menganut agama lain. Antara risiko yang mungkin dihadapi juga adalah, peningkatan kadar penceraian dan masalah sosial.

Wallahu’alam.




No comments:

Post a Comment