Seorang warganegara Bosnia yang berstatus penduduk
tetap negara ini memfailkan saman RM600,000 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
dengan mendakwa teman wanitanya mencuri spermanya walaupun tidak berminat berkahwin.
Ervin Ahbabovic (kanan), seorang pengarah daripada
Taman Danau Desa, menamakan wanita tersebut, 29, sebagai defendan. Ahbabovic,
41, mendakwa beliau dan wanita tersebut mempunyai hubungan dengannya pada tahan
2008.
Dakwanya lagi, bekas pasangannya itu lebih berminat
dengannya untuk memenuhi kehendak seksual sedangkan dia mahu berkahwin dan
memulakan keluarga. Mereka mempunyai seorang anak pada 2010.
Ahbabovic mendakwa wanita itu menghalaunya pada
tahun lalu. Ekoran itu, dia menuntut RM600,000 untuk penggunaan spermanya untuk
mendapatkan anak dan pengisytiharan bahawa dia merupakan bapa yang sah kepada
anak itu.
Rupanya dia
ada 20 kej jenayah?
Sementara itu, menurut sumber, lelaki yang memiliki taraf penduduk tetap
(PR) itu dipercayai mempunyai lebih 20 laporan polis berhubung jenayah
keganasan rumah tangga selain pernah dipenjara atas kesalahan berkenaan.
Terdapat beberapa mangsa yang juga wanita tempatan yang sudah membuat
laporan polis selepas mereka mendakwa menjadi mangsa keganasan lelaki itu.
Berita lanjut [di sini].
No comments:
Post a Comment