Haslinda bersama pasangan bukan Islam |
Ini
kes bukan hanya berlaku pada hari cuti saja... malah tiap hari asal saja ada
peluang. Al-maklumlah, Lelaki dan wanita tidak dapat dipisahkan. Seperti ada
magnet. Bukan hanya di sini, malah diserata ceruk dunia.
Apa
yang malangnya kes ini banyak berjangkit pula pada awal usia remaja. Atas gejala
ini, pada siapa jari harus ditudingkan? Ibubapa?..
ketahuilah tiap ibubapa mahukan yang terbaik buat akannya!. Atau ada
kebenarannya juga jika ajaran agama Islam itu tidak dihayati sepenuhnya. Pelajarilah
iktibar dari peristiwa Isra dan Mikraj, nescaya akan mendapat sedikit
petunjuknya.
Kembalilah
ke pangkal jalan, Taubat, sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan menerima
taubat. Wallahu a’alam.
Kantoi
khalwat malam merdeka
SUNGAI PETANI - Seorang pelajar
berusia 14 tahun antara yang ditahan bersama pasangan masing-masing ketika
serbuan dijalankan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam
Ops Merdeka kelmarin.
Pelajar tersebut yang dikenali
Shahirah (bukan nama sebenar) berpakaian baju kurung merah ditahan pada jam 1
pagi bersama pasangannya yang memakai pakaian sedondon dalam sebuah bilik di
hotel sekitar bandar ini.
Lebih berani, perbuatan terkutuk itu
dilakukan pasangan terbabit yang hanya berjarak kira-kira tiga kilometer dari
rumah Shahirah.
Pegawai Penguatkuasa Daerah Kuala
Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, ketika pintu diketuk, pasangan itu
mengambil masa 20 minit sebelum membuka pintu.
“Pintu hanya dibuka setelah anggota
penguatkuasa beri amaran untuk pecahkan pintu,” katanya.
Menurutnya, setelah disoal siasat
mendapati, remaja perempuan masih di bawah umur dan bersekolah di tingkatan dua
manakala remaja lelaki berusia 21 tahun.
Zaiferi berkata, hasil pemeriksaan
turut menemui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ibu Shahirah meminta
remaja itu pulang ke rumah, bagaimanapun permintaan itu tidak diendahkan
sebaliknya anak perempuan itu bertindak mematikan talian telefon.
Anggota penguatkuasa kemudian
menghubungi kedua-dua ahli keluarga terbabit untuk tindakan selanjutnya.
Beri
pelbagai alasan
Sementara itu, pemeriksaan
seterusnya menemui sepasang remaja yang bersekedudukan dalam bilik berasingan
di mana operasi dilakukan secara serentak.
Walaupun pasangan kekasih berusia 22
dan 20 tahun dari Padang Serai itu mengakui berhasrat mahu menamatkan zaman
bujang tahun depan, alasan berkenaan bagaimanapun tidak menghalang anggota
penguatkuasa menahan mereka atas alasan bersekedudukan tanpa ikatan yang sah.
Menurut Zaiferi, pihaknya turut
menahan sepasang kekasih masing-masing merupakan penjawat awam berusia 24 tahun
yang turut menjadikan hotel bajet sebagai lokasi melakukan maksiat.
Amran (bukan nama sebenar)
dimaklumkan menetap di Pengkalan Hulu, Perak memberi alasan mahu pulang ke
kampung tetapi kenderaannya mengalami kerosakan sebelum mahu membuat
pemeriksaan di sebuah bengkel di bandar ini.
“Saya memang nak balik tetapi kereta
saya rosak terpaksa baiki di Sungai Petani,” katanya.
Sementara, pasangannya, Riani (bukan
nama sebenar) yang menutup kepala menggunakan tuala dikatakan tinggal bersama
nenek di Kuala Nerang sebelum mahu pulang ke kampung halaman berdekatan rumah
Amran di Pengkalan Hulu.
Difahamkan, pasangan kekasih
tersebut sudah lapan tahun menjalinkan hubungan cinta sejak di bangku sekolah selain mengaku sudah beberapa
kali melakukan hubungan intim.
Lebih memalukan, hasil soal selidik
pada hari kejadian mendapati, Amran sudah bersedia mahu menghantar rombongan
ahli keluarganya ke rumah Riani kerana berhasrat mahu bertunang pada hari yang
sama.
Serbuan turut menemui seorang
pekerja kilang berusia 22 tahun bersama pemandu van kilangnya yang bukan
beragama Islam.
Apabila ditanya, pemandu van berusia
32 tahun itu memberitahu, kedatangannya ke bilik yang disewa Haslinda (bukan
nama sebenar) adalah untuk menghantar makanan walaupun jam sudah menunjukkan
jam 1.20 pagi.
Rumah
sewa turut diserbu
Operasi turut dijalankan di sebuah
rumah sewa milik pasangan kekasih di mana masing-masing bekerja sebagai
juruteknik sebuah syarikat swasta dan kerani di sebuah kedai motosikal di
Sungai Lalang.
Menurut Zaiferi, hasil dari maklumat
awam, sepasang kekasih berusia 21 dan 26 tahun dicekup berdua-duaan dalam rumah
berkenaan.
Berdasarkan pemeriksaan, Zaimi dan
Nadia (bukan nama sebenar) dipercayai baru pulang dari makan malam.
Zaimi berkata, mereka merancang mahu
ke rumah keluarga angkat tetapi setelah beberapa kali menghubungi tiada jawapan
diterima.
Zaimi dengan alasan letih tidak
menghantar Nadia pulang sebaliknya menghabiskan masa di rumah sewanya bersama
kekasihnya itu.
Difahamkan, kedua-dua pasangan ini
mengakui mahu berkahwin tetapi hasrat mereka ditentang keluarga.
Zaiferi berkata, seramai 10 individu
disiasat termasuk seorang lelaki bukan Islam yang berada bersama pasangan
beragama Islam dalam pemeriksaan yang dijalankan sekitar daerah termasuk di
Taman Jubli Perak, Pantai Merdeka, Titi Semeling dan beberapa buah hotel bajet
yang menjadi tumpuan.
Seramai 10 anggota bertugas dalam
operasi yang bermula jam 6 petang sebelum berakhir jam 5 pagi.
Katanya, sembilan individu ditahan
mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988.
Sementara itu, Pegawai Agama Daerah
Kuala Muda, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya meminta masyarakat
prihatin terhadap aktiviti maksiat yang berlaku dengan memaklumkan perkara
berkenaan kepada pihak jawatankuasa masjid, pejabat agama atau agensi berkaitan
bagi membanteras gejala itu..
sumber dari sinarharian.
No comments:
Post a Comment