Jika Lelaki dikatakan Si Tanggang, Jika perempuan? Mungkin Si Tonggeng kot namanya... Tidak tahu dimanakah silapnya, apakah ini dinamakan
*hukum karma? Apapun orang kampung pernah berkata.. what you gift.. you get
back!. Wallahu a’lam.
SHAH ALAM 4 Sept. - Pelakon Wan Nor Azlin Wan Mohd.
Husain telah menyerahkan notis tunjuk sebab kepada bapanya untuk menuntut
penjelasan mengapa dia tidak boleh dipenjarakan berhubung isu penjualan sebuah
rumah di Taman Keramat.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Mahyuddin Md.
Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin di Mahkamah Tinggi Syariah di sini ketika
prosiding kes itu di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar hari ini. Ikut
ceritanya [di sini].
Seorang bapa perlu bermuhasabah diri, lihat apayang diperkatakan di bawah..
Seorang bapa perlu bermuhasabah diri, lihat apayang diperkatakan di bawah..
Kesalahan
ibu bapa didik anak
SOALAN:
Setiap ibu bapa mahukan zuriat yang dapat berbakti
kepada mereka pada hari tua kelak. Namun, semakin banyak didikan yang diberi
semakin mereka jauh daripada gelaran ‘anak soleh’. Bagaimanakah perkara
tersebut boleh terjadi? Di manakah silapnya?
Jawapan:
Anak adalah kurniaan ALLAH SWT yang tiada nilai
tandingnya. Betapa beruntung pula ibu bapa yang dikurniakan zuriat sebagai
penyambung dan kekuatan sesebuah rumah tangga.
Anak yang cemerlang tidak hanya terjadi begitu
saja. Ini bergantung sejauh mana kesedaran dan tanggungjawab ibu bapa dalam
mendidik anak. Terdapat kisah dalam al-Quran mengenai Nabi Ibrahim, Nabi Yaakub
dan Nabi Zakaria yang tidak putus berdoa agar dikurniakan anak yang taat kepada
ALLAH SWT.
Demikianlah ibu bapa juga perlu berdoa agar dikurniakan
anak yang soleh dan solehah dan memohon agar tidak diuji dengan anak derhaka
seperti yang dialami Nabi Nuh AS. Hakikatnya, anak juga menjadi ujian kepada
setiap ibu bapa. Dan merekalah yang berkewajipan untuk mendidik anak agar tidak
terjerumus ke lembah kesesatan dunia dan kemelaratan akhirat.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya
harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi
ALLAH jualah pahala yang besar." (Surah At-Taghabun: 15)
Ada segelintir ibu bapa yang gagal membentuk anak
menjadi generasi yang unggul. Orang yang malang dan gagal dalam ujian ialah
mereka yang mempunyai anak, tetapi tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Kesilapan bagaimanakah dilakukan ibu bapa dalam
membentuk anak hingga dikatakan gagal dalam ujian ALLAH ini?
Antara kesilapan dalam mendidik anak adalah seperti
berikut:
[1]. Kurang mengambil perhatian dan menitikberatkan
mengenai berdoa kepada ALLAH SWT. Oleh itu, ibu bapa digalakkan berdoa
agar dikurniakan zuriat yang baik pada saat kehamilan. Antara amalan doa ketika
mengandung adalah memohon rahmat, zuriat yang baik, mengerjakan solat dan
mendoakan ibu bapa apabila tiada di dunia kelak. Setelah anak dilahirkan, ibu
bapa perlu terus lebih banyak berdoa seiring dengan anak yang semakin membesar.
[2]. Anak tidak dibesarkan dengan belaian kasih sayang.
Suasana rumah yang tidak aman dan penuh ancaman, hanya akan membantutkan proses
pembelajaran kerana emosi mereka yang tidak stabil. Diriwayatkan Aisyah RA:
"Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan dan Al-Husain bin Ali
RA. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai 10 anak, tetapi aku belum pernah
mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian
berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)
[3]. Ibu bapa menunjukkan contoh yang tidak baik di
hadapan anak. Sedarilah bahawa, anak akan senang meniru perbuatan orang
yang lebih rapat dengannya, khususnya ibu bapa mereka. Apabila diperhatikan,
anak yang sering bercakap kasar dan menipu lahir daripada keluarga yang
mempunyai tingkah laku yang sama. Selain daripada itu, ibu bapa turut
membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke rumah sama ada dari
kalangan sahabat sendiri ataupun anak. Wujudnya anasir yang tidak baik di dalam
rumah akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak yang sedang meningkat
dewasa. Seeloknya, mereka perlu didedahkan dengan model yang cemerlang seperti
golongan ulama, orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Mereka juga
perlu digalakkan untuk solat berjemaah, mengikuti kuliah agama dan aktiviti
yang bersesuaian dengan nilai murni Islam.
[4]. Mendidik anak dengan memberi ancaman dan
menakut-nakutkan (tarhib) berbanding penghargaan, pujian dan hadiah
(targhib).
[5]. Tidak tegas dalam mendidik anak. Ibu bapa
perlu tegur dan hukum anak apabila menunjukkan tingkah laku negatif seperti
malas atau enggan melaksanakan perintah ALLAH SWT. Ketegasan juga perlu selari
antara ibu dan bapa supaya anak tidak keliru untuk membentuk tingkah laku yang
betul. Selain mendidik dengan belaian kasih sayang, ibu bapa juga perlu memberi
amaran dan teguran apabila mereka melakukan kesalahan dalam tingkah laku. Ibu
bapa perlu menggantung rotan di rumah sebagai amaran kerana merotan mereka
dengan tujuan mendidik (bukan untuk menyakiti) sebagai satu sunnah.
[6]. Menjadualkan kegiatan harian anak tanpa menurut
kemahuan dan kemampuan mereka. Ibu bapa juga terlalu memfokuskan sesuatu
aktiviti tanpa mengambil kira perasaan dan bakat yang mereka miliki. Bagi yang
mempunyai bakat melukis, mungkin akan memberontak apabila ibu bapanya memaksa
memasuki kelas seni mempertahankan diri. Kesilapan lebih besar berlaku apabila
ibu bapa tidak
memberi pendidikan yang seimbang antara jasmani, rohani, emosi dan mental.
Ini kerana ibu bapa hanya mementingkan kemajuan mental hingga melahirkan anak
yang cerdas tetapi mempunyai akhlak yang buruk.
[7]. Memaki hamun dan menegur anak dengan mengeluarkan
kata-kata kesat terutama ketika sedang marah. Kesilapan juga berlaku
apabila ibu bapa mendoakan keburukan si anak setiap kali mereka melakukan
perkara yang menyalahi norma. Perbuatan mendoakan kejelikan anak perlu
dielakkan kerana dikhuatiri doa itu akan dimakbulkan ALLAH.
[8]. Tidak menghidupkan keluarga yang sakinah, mawadah dan
rahmah. Apabila diperhatikan, walaupun kehidupan sesebuah keluarga itu
terasnya adalah Islam, tetapi gaya hidup yang dilalui persis orang bukan Islam.
Inilah hasilnya apabila hidup yang tidak bertunjangkan Islam, tidak berteraskan
al-Quran dan tidak berpaksikan hadis. Pastinya hari-hari yang dilalui mereka
akan berterusan tanpa mengamalkan norma dan nilai Islam yang digariskan. Ibu bapa yang sebegini akan melahirkan anak yang
tidak islamik dan akan menimbulkan pelbagai konflik keluarga yang akhirnya akan
merosakkan masa hadapan anak itu sendiri. Kurang menghidupkan sunnah di dalam
rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah dan seumpamanya,
hanya membuatkan anak semakin jauh daripada ibu bapa. Pertengkaran juga akan
berlaku antara suami isteri dalam sebuah rumah tangga yang tidak dirahmati.
Keadaan menjadi lebih keruh lagi apabila pergaduhan berlaku di hadapan
anak-anak. Hasilnya, akan menyebabkan anak berasa tertekan dan membenci kedua
ibu bapanya.
[9]. Tidak mengambil berat kepentingan rumah tangga yang
memerlukan suasana kondusif, bersih, kemas dan teratur. Suasana rumah
tangga yang berselerak dan kotor akibat ibu bapa yang malas dan pengotor hanya
akan melahirkan anak yang pemalas dan selekeh. Rumah tangga yang tidak kondusif
juga akan menutup ruang untuk anak mengembangkan potensi dan bakat sedia ada.
[10]. Kurang mengawasi aktiviti anak sama ada di dalam
ataupun di luar rumah. Misalnya, ibu bapa kurang mengawasi rancangan
yang ditonton sama ada melalui pawagam, televisyen, video ataupun internet,
menjadikan peluang untuk mereka terdedah kepada budaya kuning atau liar menjadi
lebih besar.
Ini kerana, rancangan daripada pelbagai media ini
banyak menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan dan memakai pakaian yang tidak menepati syarak. Kesilapan
akan berterusan apabila ibu bapa menyerahkan tugas mendidik anak kepada
pembantu rumah yang tidak membesarkan mereka dengan nilai-nilai Islam (jika dia
tidak beragama Islam). Oleh itu, ibu bapa harus memastikan anak benar-benar
terdidik dengan didikan Islam kerana hal inilah yang akan menentukan hala tuju
kehidupan mereka kelak.
Ini pula antara pengorbanan insan yang bernama
Ayah..
KUALA KETIL - Seorang bapa terpaksa berhenti
berniaga bagi memberi tumpuan kepada anak perempuannya yang berhadapan masalah
jantung berlubang dan leukimia sejak tiga bulan lalu. Erman Shah Yahya, 30, dari Taman Permai, Kuala Ketil yang
merupakan peniaga kuih muih di pasar malam dekat sini sanggup berjaga siang dan
malam bagi memberikan perhatian penuh kepada Qysstina Syafieka, 5.
Isterinya, Norhasyimah Abu Hasan, 26, yang sedang mengandungkan anak ketiga dinasihatkan oleh doktor untuk berehat bagi mengelak kesihatannya dan anak yang dikandung terjejas. Keadaan itu mengakibatkan Erman tepaksa memikul tanggungjawab yang lebih demi kebaikan anak-anaknya. Menurutnya, Qysstina terpaksa diletakkan di dalam wad Hospital Sungai Petani dalam jangka masa yang lama bagi memastikan keadaan kesihatannya terkawal.
“Kadang kala, saya tidur di Hospital kerana tidak larat untuk pulang ke rumah. Saya juga perlu memberikan perhatian kepada isteri yang sedang sarat mengandung.
“Sehubungan itu, saya terpaksa kuatkan semangat demi memastikan kebajikan dan kasih sayang dalam keluarga ini tidak terabai,” katanya semasa ditemui di kediamannya, semalam.
Isterinya, Norhasyimah Abu Hasan, 26, yang sedang mengandungkan anak ketiga dinasihatkan oleh doktor untuk berehat bagi mengelak kesihatannya dan anak yang dikandung terjejas. Keadaan itu mengakibatkan Erman tepaksa memikul tanggungjawab yang lebih demi kebaikan anak-anaknya. Menurutnya, Qysstina terpaksa diletakkan di dalam wad Hospital Sungai Petani dalam jangka masa yang lama bagi memastikan keadaan kesihatannya terkawal.
“Kadang kala, saya tidur di Hospital kerana tidak larat untuk pulang ke rumah. Saya juga perlu memberikan perhatian kepada isteri yang sedang sarat mengandung.
“Sehubungan itu, saya terpaksa kuatkan semangat demi memastikan kebajikan dan kasih sayang dalam keluarga ini tidak terabai,” katanya semasa ditemui di kediamannya, semalam.
JERTIH – Seorang bapa
sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan seorang anaknya yang
terperangkap dalam bilik tidur yang terbakar, di sini, dekat Jertih, semalam.
Alias Manaf, 37, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, dia nekad masuk semula ke dalam bilik tidur anaknya itu kerana salah seorang daripada tiga anaknya masih berada di bawah katil sambil menutup badannya dengan selimut tebal.
"Ketika itu, asap tebal dan keadaan bilik sangat panas tetapi saya nekad menyelamatkan anak saya dengan menarik kakinya keluar dari bilik tersebut.
"Ketika itu, sebahagian bilik telah terbakar termasuk tilam," katanya ketika menceritakan detik cemas sewaktu menyelamatkan anak keduanya itu.
Sebelum itu menurut Alias, dia berjaya mengeluarkan anaknya yang berada di bilik sama iaitu Nor Anis Sanisya, 8, dan Muhammad Shaqef Ikram, 2, selepas Nor Sanisya menyedari rak pakaian dalam bilik berkenaan terbakar.
Alias Manaf, 37, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, dia nekad masuk semula ke dalam bilik tidur anaknya itu kerana salah seorang daripada tiga anaknya masih berada di bawah katil sambil menutup badannya dengan selimut tebal.
"Ketika itu, asap tebal dan keadaan bilik sangat panas tetapi saya nekad menyelamatkan anak saya dengan menarik kakinya keluar dari bilik tersebut.
"Ketika itu, sebahagian bilik telah terbakar termasuk tilam," katanya ketika menceritakan detik cemas sewaktu menyelamatkan anak keduanya itu.
Sebelum itu menurut Alias, dia berjaya mengeluarkan anaknya yang berada di bilik sama iaitu Nor Anis Sanisya, 8, dan Muhammad Shaqef Ikram, 2, selepas Nor Sanisya menyedari rak pakaian dalam bilik berkenaan terbakar.
PASIR MAS - Seorang buruh,
Wan Mohamad Wan Omar, 42, di Kampung Pondok Haji Omar, Kubang Bemban menerima
12 jahitan di kepala apabila terkena serpihan batu ketika cuba menyelamatkan
anak bongsunya, Wan Azim Haikal, 2, daripada ditimpa bumbung.
“Kejadian berlaku dalam jam 5.30 petang, ketika itu anak bongsu saya sedang tidur di dalam buaian di ruang tamu rumah.
“Tiba-tiba angin kuat datang dan menerbangkan bumbung rumah kami sehingga menyebabkan semua benda di dalam rumah berterbangan.
"Saya cuba menyelamatkan dia untuk dibawa keluar dari rumah, namun terkena serpihan batu yang jatuh dari bumbung ketika itu,” katanya ditemui di sini, semalam.
“Kejadian berlaku dalam jam 5.30 petang, ketika itu anak bongsu saya sedang tidur di dalam buaian di ruang tamu rumah.
“Tiba-tiba angin kuat datang dan menerbangkan bumbung rumah kami sehingga menyebabkan semua benda di dalam rumah berterbangan.
"Saya cuba menyelamatkan dia untuk dibawa keluar dari rumah, namun terkena serpihan batu yang jatuh dari bumbung ketika itu,” katanya ditemui di sini, semalam.
--------------------------------
*Hukum
karma ini agak senang untuk difahami - apa yang kita semai, itulah yang kita
tuai. Kalau kita menyemai padi, maka padilah yang akan kita tuai. Jika kita
menanam budi, maka kebaikanlah yang kita terima. Konsep hukum karma ini jika
kita perhatikan kelihatan memiliki persamaan dengan konsep dosa dan pahala.
Karma
adalah perkataan Sanskrit sama seperti asal-usul perkataan dosa dan pahala.
Dalam Islam, dosa dan pahala hanya akan dihitung sesudah kita wafat. Manakala
hukum karma ini berlaku dimuka bumi ini ketika kita masih hidup.
No comments:
Post a Comment