Abang Mat kita |
Suami yang menyayangi isterinya ada berbagai
cara, itu mencari kebahagian rumahtangga namanya. Salah satunya, ada yang tidak
pernah lupa akan tarikh atau peristiwa penting, tak kiralah hari jadi atau
ulang tahun perkahwinan. Ada yang beri bunga, hadiah barangan kemas ataupun
candle light dinner atau apa saja, asalkan dapat lihat satu senyuman yang boleh
sampai ke telinga, sebelah malam pula layanan paling istimewa pastinya...
Abang Mat kita ini ada cara tersendiri menunjukkan
rasa kasih sayangnya pada isteri. Itu baru rasa ‘sayang’, kalau 'benci' macamana
pulak la gamaknya yer?. Tak pernah dibuat orang yang ada atas planet ni seingat aku!. Papapon layan jer lah...
'Saya Sayang
Isteri, Jangan Robohkan Masjid’
BUKIT
MERTAJAM 12 Sept. - Pegawai veterinar yang berdepan tuduhan membelasah
isterinya di dalam lif pada bulan lalu, menyatakan dia masih menyayangi wanita
tersebut dan mahu keluarganya hidup bahagia.
''Saya
sayang isteri dan keluarga mentua janganlah robohkan masjid yang sudah
dibina,'' kata Muhammad Affandi Ismail, 36, dari dalam keretanya kepada
pemberita selepas selesai prosiding kes itu di Mahkamah Majistret di sini hari
ini.
Majistret
Nur Zafirah Mohamed Ali sebelum itu menetapkan 22 Oktober ini sebutan semula
kes terhadap tertuduh yang didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke
atas isterinya yang berusia 36 tahun dalam lif di Hospital KPJ, Bandar Perda di
sini, pada pukul 4 petang, 12 Ogos lalu. Baca lanjut [di sini].
Lihat Video yang bertajuk: Lelaki dayus pukul isteri depan anak [di sini].
No comments:
Post a Comment