Bagi yang telah
menonton Tanda Putera, filem yang diterbitkan khusus untuk tayangan sempena
Hari Kemerdekaan itu sebenarnya bukanlah memaparkan tentang elemen perkauman
sebagai topik utamanya. Kata Pengarahnya Shuhaimi Baba.
Contohnya,
dalam Tanda Putera, beliau sebenarnya cuba memaparkan perkara sebaliknya iaitu
usaha-usaha yang telah dilakukan oleh tokoh UMNO seperti Tun Dr. Ismail dalam
menangani isu perkauman terutama antara Melayu dan Cina seperti yang
digambarkan dalam filem itu.
Sebaliknya,
Shuhaimi secara halus cuba mengalihkan tumpuan mereka yang karat pemikirannya
dalam isu perkauman ke suatu dimensi pemulihan yang lebih cerah.
Filem yang
dibikin dengan kos keseluruhannya berjumlah RM4.8 juta itu dengan kerjasama
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan mendapat peruntukan
dari Kerajaan.
Tanda Putera
mencetuskan kontroversi apabila ada adegan di dalamnya dikatakan mengandungi
unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Ia mendapat kritikan hebat
daripada DAP dan MCA kerana filem itu dikatakan seolah-olah menyalahkan kaum
Cina sebagai pencetus tragedi 13 Mei 1969.
Pelan itu
diambil oleh tokoh terbabit sewaktu mulanya tercetus peristiwa berdarah 13 Mei
yang antaranya digambarkan tercetus di Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira 44
tahun lalu.
Apa Kata Mereka
“Filem tersebut secara dasarnya memaparkan fakta sejarah
tanpa menokok tambah atau mereka-reka peristiwa semata-mata untuk melariskan
filem.” - Anuar Abdul Manap, Ahli Parlimen Sekijang.
"Secara jujurnya saya memang belajar sejarah di
sekolah, tetapi apabila terbabit dalam filem ini baru tahu erti sebenar
perjuangan tokoh-tokoh negara kita yang terdahulu. Bagi saya filem ini bukan
mengenai penindasan mana-mana kaum, apa yang berlaku adalah sejarah dan ia
tidak berbohong.” - Kavita Sidhu, Pelakon.
Yang Tersirat;
"Saya mendapat maklum balas yang amat dialu-alukan.
Malah beberapa tweet dan komen di media sosial melaporkan fenomena penonton di
beberapa pawagam memberikan tepukan gemuruh sebaik sahaja filem tamat, walaupun
tanpa kehadiran barisan pelakon utama," katanya.
Yang Tersurat;
Tanda Putera
tidak mendapat kutipan pecah panggung pada minggu pertama dan tayangannya kini
ditukarkan ke pawagam kecil dengan tempat duduk terhad. Filem yang mengandungi
adegan yang didakwa meragukan memulakan tayangannya di seluruh negara pada 29
Ogos lalu dan hanya hanya mampu mengutip RM500,000 sepanjang tempoh penayangan
filem itu.
“Kutipan box office Tanda Putera sangat menyedihkan jika
dibandingkan dengan filem KL Zombie yang mendapat kutipan RM3 juta bagi tempoh
sama.” kata Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional
(FINAS), Datuk Mustapha Maarof.
Bila Tak Laku, Tengok Wayang Free?
Pemuda UMNO
Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) akan mengadakan tayangan khas
filem Tanda Putera di pawagam Cathay di Cineleisure, The Curve, Mutiara
Damansara, Petaling Jaya. Menurut Presiden Seniman, Zed Zaidi, tayangan filem
itu secara percuma dibiayai sepenuhnya oleh Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda
UMNO Malaysia sebagai tanda sokongan terhadap filem itu selain bagi
menyemarakkan lagi kempen bulan kemerdekaan yang ke-56 negara.
Shuhaimi pada
awalnya berkata, kekurangan sambutan penonton pada pembukaan filem kerana ia
ditayangkan pada waktu bekerja.
Ikuti Tanda
Putera official trailer. [di sini]
Adengan kantoi Mantoi!
Cerita ini
mengangkat Tun Razak sebagai PM. Lihat di Durasi, 1:00 tapi fakta sejarah
mengatakan...
Negara
diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan pengistiharan ini,
Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara diperintah secara terus oleh
Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Dalam pada itu, Majlis
Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri
dari mengetuai majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Peristiwa 13 Mei berlaku dalam tahun
1969. Manakala Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac
1922 - 14 Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang
berkhidmat dari September 1970 selepas Tunku meletakkan jawatan dari kerajaan
dan Parti Perikatan.
Proton Saga
Aeroback keluaran tahun 1987. Lihat sejarah proton [sini]
Tahun 1969 dah
ada CCTV ke?
Kenapa pula perkara ini dighaibkan?
Menurut Dr
Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku
yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak
Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.
Tunku telah
mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak
jawatan selepas rusuhan itu.
Selepas Tunku
berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr
Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran. Perkara itu
menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku
berundur).
No comments:
Post a Comment