Monday, September 30, 2013

Murah Ke Beli Rumah Di Malaysia?




Sebagaimana yang diumumkan baru-baru ini, rakyat Malaysia berpeluang untuk miliki rumah sendiri. Pelancaran rumah mampu milik yang dikatakan lebih rendah dari harga biasa. RM400,000 itu dikira murah...huhu.

Satu hari aku bersama kawan meronda-ronda di Cheras, berhampiran dengan Sungai Long. Ingin meninjau dan langsung masuk ke satu taman perumahan yang baru siap dibina. Rumah teres 2 tingkat. Kelihatan ada beberapa rumah yang sedang diubahsuai oleh Kontraktor.

Iklan untuk rumah dijual banyak tergantung di pagar-pagar rumah yang masih kosong. Kawan meminta aku cuba menghubungi salah satu dari nombor itu, kerana berminat dan ingin mengetahui nilai sebenar....

“Hallo Miss, saya dapat nombor ni di pagar rumah Taman Wira ***** untuk dijual. Boleh tahu berapa harganya?”. Tanyaku.

“Encik rasa-rasa Encik punya budget berapa?”. Balas Amoi tu.

“Errr.. lebih kurang RM200 ke RM300 ribu”. Aku dengan confidentnya menjawab.

“Encik, Kami ada beberapa lot, jika Encik berminat, unit tengah harganya RM1.5 dan kalau end lot harganya RM1.7 juta jer.. Jika Encik betul-betul berminat nanti kita boleh jumpa dan bincang.” Kata amoi tu.

“OK, nanti kami mesyuarat dulu, apa-apa nanti kami telefon balik. Terima kasih.” Kata aku sambil menelan air liur.

Bagaimana mungkin boleh memiliki rumah dengan gaji yang melayakkan dapat bantuan BR1M. Tambahan pula isteri suri rumah sepenuh masa? Kita bukannya Nazri Jr. yang boleh beli Banglo RM7.2 juta. 

Lihat sini, Jika buat loan beli rumah RM200,000 berapa wajib kena bayar sebulan?. RM1,305 jer... tapi gaji RM3k jer.. Tolak loan kereta, PTPTN, Minyak/Tol, makan-minum, Pakai? Aduss!!!

 
Alamatnya sampai bila-bila lah menyewa... Itu realitinya.
Harga rumah teres 2 tingkat di Shah Alam pun mencecah RM820,000 kini, tahun depan belum pasti. Katanya nak naik lagi, alasannya kos pengangkutan dah naik sebab minyak petrol/diesel naik lagi...

Banyak pemaju mahu terus mangaut keuntungan yang mahal menggila. Apatah lagi di Lembah Kelang. Nasib baik ada juga Pemaju yang prihatin. Dapat juga mengurangkan kos;

Teknologi RCM kurangkan harga rumah

OxBridge & Mak Development Sdn Bhd (OxBridge & Mak Development) yakin dapat menyelesaikan masalah harga kediaman yang tinggi menerusi aplikasi teknologi Reincforced Concrete Methodology (RCM), sekali gus membolehkan unit kediaman dibina pada harga jauh lebih rendah.

Menerusi kaedah RCM dan pengurusan projek yang baik, syarikat itu mampu menawarkan sebuah unit kondominium di Bangsar, Kuala Lumpur pada harga RM250 sekaki persegi berbanding harga pasaran sekarang sebanyak RM1,100, termasuk kos pengambilalihan tanah.

teknologi itu menyaksikan kebanyakan bahagian bangunan di buat siap di kilang sebelum dihantar dan dipasang di tapak projek.

Bagaimanapun, menerusi pengurusan projek yang baik, kami boleh mengawal kos bahan mentah binaan dengan menggunakan teknologi RCM.

“Selain mengawal kos bahan mentah pembinaan, teknologi RCM juga membolehkan sesebuah projek kediaman bertingkat disiapkan antara setahun hingga setahun setengah saja, berbanding tempoh lebih dua tahun yang diperlukan industri sekarang.

“Tempoh pembinaan yang pendek membolehkan penjimatan yang banyak, terutama upah tenaga kerja,” kataPengarah Urusan, Alan Mak


Jika menpunyai tanah sendiri ada baiknya cari Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB). Harga sekitar RM50,000 saja tak termasuk harga tanah.

Projek Rumah Khas Untuk Rakyat Malaysia

- Banglo Selapis Untuk Dimiliki
- RM 50.000.00 Bagi Setiap Unit Di Setiap Negeri
- 3 Bilik Tidur, 2 Bilik Air
- Keluasan 836 Kps
- Pembinaan Ditapak Sendiri. 

Harga rumah yang ditawarkan SPNB;

Rumah Contoh: Pilih saja mana satu yang berkenan di hati...

Namun Berita Baik Yang Ditunggu-Tunggu...

SEKUMPULAN penyelidik Universiti Putra Malaysia (dari kiri) Salihudin Hassim, 
Dr. Mohd. Razali Abd. Kadir, Baharudin Ab. Karim, Dr. Abang Abdullah dan 
Rahinah menunjukkan model rumah teres kos rendah dua tingkat yang 
boleh dibina dengan harga antara RM14,000 hingga RM16,000



UPM Cipta Rumah Murah Berharga RM14,000

Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta rumah kos rendah yang berharga sekitar antara RM14,000 hingga RM16,000 hasil inovasi terbaru dalam teknologi pembinaan.

Rumah tersebut yang mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 65 meter persegi (kira-kira 20 X 30 kaki), bergantung kepada rumah yang dibina, juga mampu menebat haba dari luar dan menjadikan suasana dalaman lebih sejuk.

Penemuan baru oleh Pusat Penyelidikan Perumahan (HRC) universiti ini dijangka memberi lebih banyak peluang kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan untuk memiliki rumah sendiri pada masa akan datang.

Menurut kajian, rumah kos rendah yang berharga sekitar RM25,000 hanya mampu dibeli oleh mereka yang berpendapatan RM750 ke atas.

Menurut Pengarah HRC, Prof. Dr. Abang Abdulah Abang Ali, tiga jenis rumah yang boleh dibina dengan harga rendah itu ialah rumah teres setingkat dengan keluasan 65 meter persegi, rumah teres dua tingkat (68 meter persegi) dan rumah pangsa lima tingkat (65 meter persegi).

''Harga rumah tidak termasuk harga tanah. Bagaimanapun ia memenuhi keperluan-keperluan standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Lembaga Pembangunan Perindustrian Pembangunan (CIDB),'' katanya

Pengurangan kos, menurut Dr. Abang Abdullah, dapat dilakukan kerana teknik pembinaan rumah ini lebih mudah tanpa perlu membina kerangka struktur.

Katanya, masa pembinaan juga dapat dijimatkan sehingga 30 peratus daripada masa pembinaan berbanding kaedah konvensional.

''Kos juga dapat dikurangkan kerana pembinaan rumah menggunakan teknik baru ini tidak memerlukan buruh mahir kerana ia menggunakan kaedah pasang siap,'' katanya.

Beliau memberitahu, bahan binaan rumah pula merupakan blok konkrit ciptaan UPM sendiri yang dikenali sebagai blok berongga kait panca tahan beban.

Ciptaan blok konkrit ini kini sedang dalam proses dipatenkan.

Empat pensyarah lain yang turut menyumbang kepada kejayaan penemuan terbaru ini ialah Pengurus HRC, Salihudin Hassim, Timbalan Pengarah HRC, Prof. Madya Dr. Mohd. Razali Abd. Kadir, Baharudin Ab. Karim dan Rahinah Ibrahim.

Penyelidikan dilakukan sejak penubuhan HRC pada 1996 dengan pembiayaan RM1.58 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

HRC ditubuhkan dengan objektif utama mencari kaedah yang sesuai digunakan untuk membangunkan rumah yang selesa, berkualiti dan mampu dimiliki.

Dr. Abang Abdullah menambah, dua kaedah boleh digunakan untuk membina rumah ini iaitu kaedah panel atau menggunakan blok-blok konkrit pasang siap.

Di tengah-tengah panel pasang siap ini dipasang penebat supaya haba di luar tidak masuk ke dalam rumah dan ini menjadikan rumah lebih sejuk.

Menurut beliau, penebat itu diperlukan kerana hasil kajian mendapati pada waktu-waktu tertentu di siang hari suhu di dalam rumah kadang kala jauh lebih panas daripada luar rumah.

Katanya, kaedah blok konkrit berongga kait panca tahan beban pula tidak memerlukan simen untuk menyambungkannya antara satu sama lain.

''Ia memakai konsep permainan pasang siap 'Lego', malah, lebih unik lagi, pembinaan rumah ini juga tidak memerlukan pembinaan kerangka struktur,'' jelasnya.

Satu lagi keunikan yang menjadi ciri utama rumah ini kata Dr. Abang Abdullah ialah tingkap-tingkapnya yang yang dibina memanjang, sepanjang 2.7 meter setiap satu.

Pembinaan tingkap yang panjang ini adalah bagi membolehkan aliran udara di dalam rumah berlaku dengan sempurna.

Sementara itu rumah kos rendah juga menjadi rumah pertama di negara ini yang menggunakan konsep pembangunan mengunakan kaedah ukuran dimensi bermodular.

Ini bermakna ukuran bahan binaan rumah ini telah diselaraskan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh CIDB.

Rumah contoh menggunakan kaedah baru ini akan dibina dalam kawasan UPM pertengahan tahun ini. – utusan.

@Ramai yang mengidamkan ini... Harap cepat di patern dan dikormersialkan....


No comments:

Post a Comment