Monday, September 23, 2013

Khabar Angin Kata Harga Gula, Tepung Naik?



 
Itulah namanya ‘khabar angin’ atau angin yang mengirimkan khabar. Yang pasti angin itu benar, jika tidak masakan pokok akan bergoyang dengan sendirinya? Kalau dah cap ayam itulah lazimnya, disitu dikais dan disitulah dimakannya juga.

Tukang karut Ayam ni pandai pula buat provokasi, sekor suruh naik, sekor lagi kata tidak, semua ni dengki pada bapak ayam. Bapak ayam Cuma perhatikan saja ayam dua ekor ni bertekak... akhirnya bapak ayam masuk campur, sebagai jalan penyelesaian, jalan tengah katanya, naikkan saja 10sen abis cerita. Orang nak bising pun setakat 2 atau tiga hari jer.... tak gitu?  


  
Elak percaya khabar angin harga gula, tepung naik

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan pihak- pihak tertentu menerusi blog atau laman sosial kononnya kerajaan akan memperluaskan pengurangan subsidi ke atas barangan terkawal seperti gula dan tepung.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu sengaja dilakukan untuk mewujudkan suasana panik dalam kalangan rakyat bagi memburukkan kerajaan.

Katanya, langkah mengurangkan subsidi petrol RON 95 dan diesel pada 3 September lalu tiada alasan menyebabkan kenaikan harga gula dan tepung terutama menjelang musim perayaan. - Utusan Melayu 

Awas! Ini pun bergula juga..


@Untung juga bela ayam ni. Daging boleh makan, bulu boleh buat korek telinga dan taik ayam pula boleh dibuat baja...

No comments:

Post a Comment