Siti Aisya
memohon maaf penyebaran rakaman video pergaduhan
dengan pengawal keselamatan tersebar luas sejak Selasa lalu.
dengan pengawal keselamatan tersebar luas sejak Selasa lalu.
Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang
ramai henti cemuh suami
Kuala
Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat
Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.
“Saya
percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa
mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain
bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia
bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu
kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar
individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham
berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak
Selasa lalu.
Laporan dari Kosmo |
“Saya
tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga
yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu
menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak
negara?
Dua individu miliki video
“Ramai
menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan,
penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh
cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan
dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi
BH, semalam.
Siti
Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video
berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun
mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Malah,
masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap,
kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan
kemarahan.
“Jujur
saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12
tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya
tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran
sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.
Insiden
kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal
keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS)
mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.
Rakaman
selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali
sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal
keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Tak terlintas saman
Siti
Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden
membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes
terbabit.
Ditanya
sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya
menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya
peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar. -bharian
@ Lihat
kenyataan ini !,
Beliau cuma menuntut kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia,
Bagainama pula kepada En. Azman?
"Dengan rasa rendah diri, saya minta
maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan
kemarahan semua pihak. Saya percaya, kebenaran kes ini akan
terbongkar”.
Apapun kisah kemanusiaan ini menuntut harga yang mahal perlu dibayar. Kita nantikan pula respon dipihak En. Azman (pak guard), samada sudi memaafkannya setelah dihina begitu rupa. Tiap manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan!. Sesungguhnya semua manusia itu sama saja disisi Allah, cuma amal yang membezakannya. Renung2kan dan selamat beramal...
No comments:
Post a Comment