Ini salah satu
punca ketirisan yang berlaku dalam sektor kerajaan. Penyelewengan dan rasuah. Harapkan pagar, pagar *mengketedarah padi,
harapkan sokong, sokong membawa rebah.
Segala
kerugian ini akan terpikul di bahu rakyat akhirnya. Apa susah, kerajaan tak ada
duit, naikkan harga minyak lagi. Mudah saja, macam cap ayam.
Apa yang
selalu dikhabarkan...
1.Buka fail kes
bagi pada SPRM
2.SPRM kata
ada kes, bagi pada orang atas
3.Orang atas semak
punya semak... Woit, ini orang aku!
4.Orang atas
serah balik fail pada SPRM. Tad Ada Kes!.
[Tapi kalau
kena pihak sebelah sana... maka, pagi- petang, siang-malam akan didendangkan di
Media arus perdana. Jika TV3, sah 20minit pertama. Orang ni cakap, orang tu
komen. Macam kes MB bagi bantuan lembu korban pon jadi kes rasuah!.]
5.Cerita
sebenar akan timbul semula... bila pegawai SPRM itu dan pencen!
Kes Taib
Mahmood orang kaya sarawak, apa cerita bro? Siap ada video lagi, peguam kata transaksi
dibuat disatu tempat selamat! .. lihat semula pada No. 3 dan 4 seperti di atas...
Itulah seperti
apa yang kebanyakan orang perkatakan... wallahu a’alam.
Ubat RM6 juta?
SHAH ALAM - Penangkapan seorang
pegawai kanan dalam pasukan tentera berpangkat kolonel yang berkhidmat di
sebuah hospital tentera dan pemilik syarikat pembekalan ubat oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar penyelewengan pembelian
ubat bernilai hampir RM6 juta.
Penyelewengan yang berlaku sejak
2011 itu dijalankan secara licik oleh pegawai perubatan di hospital berkenaan
yang bertanggung jawab mengesahkan penerimaan bekalan ubat yang diterima
hospital itu. Menurut sumber, kegiatan itu berjaya dikesan setelah siasatan
mendapati pegawai perubatan itu hidup mewah tidak setanding dengan gaji yang
diterima.
Pegawai perubatan yang ditahan oleh
SPRM itu disyaki menyalah gunakan kuasanya dalam satu urusan pembekalan
barangan bagi kegunaan sebuah hospital. Sementara itu, pemilik syarikat
berkenaan pula adalah bekas kakitangan kerajaan yang dipercayai memberikan
habuan lebih RM4 juta kepada pegawai hospital terbabit untuk mengesahkan
penerimaan bekalan ubat kepada hospital. Kedua-dua mereka ditahan di sekitar
ibu kota awal minggu ini.
Menurut sumber itu, penyelewengan
tersebut bukanlah yang pertama berlaku. Ia dipercayai sudah berlaku beberapa
kali secara sindiket. Modus operandi kegiatan ini adalah dengan menghantar
sebut harga pembekalan ubat-ubatan kepada hospital berkenaan terlebih dahulu. Setelah
kelulusan pembekalan diterima, pemilik syarikat seolah-olah melakukan prosedur
seperti biasa tetapi ubat-ubatan tersebut sebenarnya tidak wujud.
Walaupun hanya pengesahan penerimaan
dibuat tanpa menerima ubat-ubatan sepatutnya, pembayaran diluluskan. Menurut
sumber itu lagi, pihak SPRM sedang menyiasat bagaimana pengesahan penerimaan
ubat-ubatan dibuat sedangkan ubat itu tidak wujud.
"Siasatan juga menjurus kepada
penglibatan lebih banyak pihak. Kita percaya ada sesuatu yang tidak kena. Bagaimana
pembayaran itu dibuat dengan begitu mudah sekali tanpa ada pemeriksaan atau
audit dibuat terhadap setiap barang yang diterima," katanya, semalam.
Beliau juga hairan di mana silapnya
sistem yang digunakan agensi berkenaan sehingga boleh mengakibatkan kerugian
begitu banyak kepada kerajaan. Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada lagi
kes-kes sedemikian yang perlu dipantau lebih-lebih lagi melibatkan dana awam.
"Adakah kerana kelompangan
sistem membuatkan perkara ini berlaku atau amanah yang tidak dijaga penjawat
awam dengan baik," katanya.
Sumber itu menegaskan, apa yang
berjaya dikesan ini mungkin merupakan satu daripada ratusan kes penyelewengan
ubat-ubatan yang berlaku di beberapa hospital utama di negara ini.
Tambah sumber itu, semua pihak sama
ada Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan ataupun pihak hospital sendiri,
perlu meneliti semula sistem yang diguna pakai di tempat masing-masing agar
mereka yang diberi tanggungjawab menjalankan tugas dengan amanah dan supaya
tidak ada ruang untuk sesiapa melakukan sebarang penyelewengan.
Katanya lagi, tindakan kerajaan
membayar RM6 juta untuk ubat yang tidak wujud adalah merugikan negara di mana
akibat ketirisan ini rakyat terpaksa menanggung pelbagai tekanan ekonomi. –
sinarharian.
*mengketedarah
=makan
No comments:
Post a Comment