Sunday, September 29, 2013

Uniknya Gadis Ini: Jody Melukis Dipaha Bila Bosan




Penyakit bosan dikaitkan dengan emosi. Ada orang bosan bila buat kerja yang berulang-ulang. Atau mungkin juga otak jadi berserabut dan tertekan! Mungkin juga pemandangan yang tidak menceriakan.

Bagaimana langkah untuk menghilangkan bosan? Bermacam cara yang dilakukan untuk menghilangkan rasa bosan ini..
-Ada orang akan tidur sepanjang hari,
-Ada yang mengemas rumah yang memang sudah kemas,
-Cuba Memasak menu baru dari buku resepi,
-Ada yang korek hidung.. atau apa2 je lah...
Bagi seorang gadis ini, Jody, menghilangkan rasa bosannya dengan melukis. Tapi bukan di atas kanvas atau kertas lukisan, tapi di paha gebunya...

FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Jodi Steel menghilangkan rasa bosan dalam bilik kuliah dengan cara unik. Gadis kelahiran Florida ini bakal melukis pehanya sendiri semasa menunggu kuliah pensyarahnya berakhir.

Sebaik pulang ke rumah, Steel akan memuatnaik gambar itu di blognya dan memadamkannya lukisan di pehanya. Uniknya, lukisannya itu menghasilkan gambar-gambar yang mengagumkan dan membuatkan ramai pelawat ke blognya.

Malahan beberapa gambar 'hasil seninya' yang sering mendapat perhatian adalah seperti wajah pelakon dan seniman seperti Joseph Gordon-Levitt serta vokalis Radiohead, Thom Yorke sehingga ke gambar gajah dan kucing.

“Selalunya, orang memang berharap karya seninya dilihat orang tetapi saya sendiri tak berfikir bahawa gambar-gambar ini akan menjadi perhatian orang,” katanya seperti yang dipetik dari Daily Mail.

Lihat antara kerja seni unik dari Jody;
Mendapat liputan akhbar
Terus ke laman fb Jody untuk foto menarik yang lain.. [Klik Sini]

No comments:

Post a Comment