Apalah hendak
dibanggakan menjadi seorang Melayu yang menjadi penanut agama Islam secara
turun-menurun. Emak bangsa Melayu, bapa pun melayu dan penganut Islam. Secara
otomatik, anak pun Islam juga. Tetapi sejauh mana mereka mengamalkan agama
Islam itu sendiri. Berbanding dengan orang lain yang lahirnya bukan di dalam
agama Islam, tetapi diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk agama Islam dan
mengamalkan ajaran Islam itu sendiri dengan penuh jiwa raga.
Baca kisah penyanyi
tersohor Cat Stevens memeluk Islam dan menukar nama sebagai Yusof Islam.
Hati tidak
akan terasa jika bukan Islam itu mencaci tentang Islam, kerana kita sedia maklum
bahawa mereka tidak mendapat maklumat yang betul tentang Islam, keindahan Islam
yakni agama semesta alam. Hatta batu, kayu, gunung-ganang pun bertasbih kepada
Allah jua. Itulah keagungan dan kebesaran Allah.
Menjadi
seorang Islam tiada menfaatnya jika akhidah kita lemah. Sebagai contoh, seorang
gadis yang memakai nama seakan mirip melayu yang tidak yakin dengan kekuasaan
Allah.
Satu lagi
contoh, bilamana seorang lagi gadis yang memakai nama mirip melayu yang
menghina azan. Sebagai seorang Islam apa yang kita rasakan bilamana seseorang
yang (mungkin) beragama Islam yang menghina Islam itu sendiri?.
Firman Allah
"Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah
kepadaku". (al zariyaat 56).
Kasihanlah
kepada mana-mana lelaki yang menjaga budak dua ekor ni...
Bukan senang
menjadi seorang Lelaki rupanya...
Lelaki itu adalah mereka yang tidak
memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka adalah:
[1].
Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah
tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala
keperluan agama seperti mengajar sholat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
[2].
Suaminya
Apabila sang suami tidak
mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.
Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana sholatnya tidak
pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke
dalam neraka.
[3].
Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,
tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya
dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.
[4].
Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak
menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya…maka
anak itu akan disoal dan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak…. dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.
@wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment