Wednesday, September 18, 2013

Chin Peng Yang Kejam: Abu Mayat Pun Tidak Layak Pulang Ke Malaysia - Kata Pakar Sejarah




Nama Ong Boon Hua mungkin tidak siapa yang kenal, tapi jika disebut Chin Peng (gambar), sudah tentu ramai yang akan menarik muka kerana terkenangkan kisah kekejaman pasukan komunis.

Siapa tidak kenal Chin Peng yang merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM). Sifat amarah rakyat Malaysia masih lagi membuak-buak apabila Chin Peng mohon balik Malaysia.

Kekejaman yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya dikatakan tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi mereka yang telah menyaksikan sendiri kekejaman PKM sehinggakan ahli keluarga  mereka dibunuh, dirogol, dimusnahkan tempat kediaman dan disiksa.

Ironinya, kesemua AJK pusat dan ahli biasa PKM dibenarkan pulang dan tingal di Malaysia termasuk Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Zainon @ Ah Yan, Suriani Abdullah, Abu Samah Mohamad Kassim tetapi tidak bagi Chin Peng.


Chin Peng Dakwa Kena Tipu?

Pemohonan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia telah ditolak oleh mahkamah sebelum ini, malah Perdana Menteri Najib Abdul Razak juga mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak membenarkan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia pada 27 May 2009.

Satu-satunya hasrat Chin Peng adalah untuk disemadikan di Malaysia, tanah di mana beliau dilahirkan dan ibu bapa beliau dikebumikan.

“Saya ialah orang Malaysia.  Satu-satunya hasrat saya ialah untuk meninggal di mana saya dilahirkan, dan dikebumikan bersama nenek moyang saya. Ini adalah hak saya dan saya berharap tiada orang menafikan hak saya ini.”

Menurut Chin Peng, beliau telah memesan empat orang rakan seperjuangan yang rapat untuk menguburkan abu mayatnya secara senyap-senyap di perkuburan nenek moyangnya, sekiranya hasratnya untuk kembali ke tanah air tetap tidak tercapai,

Manakala Sinchew Daily memaparkan kenyataan dan pengakuan Chin Peng yang mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah memungkiri janji.  Chin Peng menceritakan bagaimana kerajaan berkonspirasi untuk menghalang kepulangannya ke tanah air selepas Perjanjian Hadyai.

“Beberapa minggu selepas perjanjian ditandatangani, pegawai kerajaan yang bertanggungjawab membawa saya pulang telah memberitahu saya untuk bertemu di satu tempat, di sempadan Malaysia-Thai.  Tetapi apabila saya sampai di situ, pegawai kerajaan tersebut tidak menjelma.  Mereka pula mendakwa bahawa mereka menunggu saya di tempat yang lain, namun saya tidak muncul.”

Chin Peng menganggap insiden tersebut merupakan muslihat kerajaan untuk menghalang kepulangannya ke Malaysia.


Kerjasama Dengan British

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.

Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila. PKM telah membentuk Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) (terjemahan: Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu). Selepas berjaya mengusir tentera Jepun, satu konflik timbul disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.


Modus Operandi Memerangi Jookidam

Sewaktu pemerintahan Jepun, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagi Jookidam, (macam watak Saleh Kamil dalam filem Sarjan Hassan arahan P. Ramlee) di Tanah Melayu. Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Tentera Jepun memang anti kaum China. Dalam masa empat belas hari itu berleluasalah anggota Bintang Tiga dengan memasukki kampung-kampung untuk mencari bekas ahli-ahli Jookidam, yang kebanyakannya orang Melayu.

Kebencian Bintang Tiga kepada Jepun adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun di mana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang dikenali sebagai panggil “Penyembelihan Nanjing”. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun. Dan kebanyakan mangsanya adalah pengawal-pengawal kampung dalam bentuk Jookidam itu.


Btitish Iktiraf Chin Peng?

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun.

Setelah Jepun menyerah kalah, Pihak British pula menjajah Tanah Melayu sekaligus menggagalkan PKM untuk memerintah Malaya.

Tentera Komanwel pernah membantu Malaysia memerangi keganasan komunis pimpinan Chin Peng antara tahun 1948- 1960. Parti Komunis Malaya bergiat cergas di hutan Semenanjung Tanah Melayu bagi mendirikan Republik Komunis Malaya dengan menentang kehadiran tentera British selepas Jepun menyerah diri pada 1945.


Serangan Komunis di Bukit Kepong

Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun komunis Melayu. Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku Dialogues with Chin Peng: new light on the Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack.

Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja,[perlu rujukan] bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk. Pihak komunis mengepung Balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 0415H. Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut.

Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.


Kenyataan Mengenai Peristiwa Bukit Kepong

Pada 21 Ogos 2011 semasa satu ceramah di Gelugor, Pulau Pinang, Mohamad Sabu mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan mengatakan kononnya Muhammad Indera dan 200 anggota tentera pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) semasa Peristiwa Bukit Kepong 1950 yang selayaknya digelar "wira negara" dan bukannya anggota polis yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan balai polis Bukit Kepong, dengan mendakwa kononnya kesemua anggota polis semasa penyembelihan tersebut sebagai "pegawai British" manakala askar PKM pula dianggap "wira negara sebenar" memandangkan mereka "menentang British".

Ceramah tersebut, yang videonya tersebar luas di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh Malaysia, memandangkan kenyataan tersebut dianggap sabagai satu penghinaan terhadap ahli keluarga mangsa yang terkorban,di samping para pejuang kemerdekaan lain yang tiada kaitan dengan PKM seperti Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar.

Walau bagaimanapun, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menafikan segala tuduhan tersebut serta mempertahankan kenyataan dan dakwaan Mohamad Sabu atas alasan sama.

Sejahat-jahat presiden Ferdinand Marcos pun akhirnya pulang juga ke Filipina.
Pemimpin diktator Filipina, Ferdinand Marcos, meninggal pada tahun 1989 di Honolulu, Hawaii, AS kerana penyakit buah pinggang, jantung dan paru-paru. Ketika itu Marcos memang sedang dalam pelarian ke luar negeri.

Akhirnya Kerajaan Filipina membenarkan jasadnya dibawa kembali ke negara itu pada 1993. Si isteri, Imelda Marcos memperjuangkan agar Kerajaan Filipina membenarkan suaminya dikebumikan di taman makam presiden. Namun nampaknya gagal.

Mayatnya kemudian diawetkan dan diletak di ruang bawah tanah yang disejukkan dalam mausoleum peribadi Byodo-In di Pulau Oahu, barat daya Filipina pada 1996 hingga kini.


@Kerana politik adakalanya yang benar jadi salah, yang salah jadi benar. tidak ada yang benar, melainkan benar belaka...

Pakar sejarah pun marahkan Cin Peng. Baca sini

No comments:

Post a Comment