Apa laa nak jadi dengan orang tua gila seks ni. Pendek kata, rumah kata pergi.. kubur kata mari.. habis di trynya menenatu sendiri. Macamana jika anaknya tahu perangai bapa sendiri... alamatnya mati nanti bergolek masuk ke kubur sendiri laa jawabnya... wallahu a'lam.
Bapa mertua serakahkan menantu
Kuantan: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun menggunakan kaedah
pelik untuk merawat menantunya yang menghidap penyakit misteri sebelum
memperdaya wanita berkenaan melakukan hubungan seks dengan alasan berubat.
Bagaimanapun, kaedah rawatan berkenaan hanya helah bapa mentua durjana
itu untuk menjadikan menantunya berusia 24 tahun sebagai pemuas nafsu serakah
selama lapan bulan sebelum perbuatan terkutuknya terbongkar selepas mangsa
membuat laporan polis, 29 Ogos lalu.
Difahamkan, episod malang menimpa wanita berkenaan bermula September
tahun lalu apabila mangsa ketika itu tinggal berseorangan di rumahnya di sebuah
FELDA di Merapoh, Kuala Lipis, didatangi bapa mentuanya menawarkan untuk
merawat penyakit.
Mangsa ketika itu baru bernikah dengan anak lelaki suspek awal September
tahun lalu.
Sumber berkata, lelaki terbabit menyuruh wanita berkenaan menuruti
kaedah rawatan berkenaan dengan memberikan alasan berubat, namun mangsa enggan
berbuat demikian.
“Bagaimanapun, seminggu selepas kejadian itu, lelaki terbabit sekali
lagi memujuk mangsa, namun kali ini dia memaklumkan perlu melakukan hubungan
seks kerana ia sebahagian kaedah rawatan tradisional dipraktikkannya,” katanya.
Menurutnya, mendengar kaedah rawatan yang perlu dilaluinya itu, mangsa
terkejut dan enggan mengikut arahan bapa mentuanya.
“Namun, lelaki terbabit terus memujuk mendakwa seorang biras kepada
menantunya (mangsa) juga pernah melalui kaedah rawatan sama dan dia (biras)
melakukan persetubuhan dengan bapa mentuanya itu.
“Selepas menceritakan perkara itu, lelaki terbabit mengajak menantunya
melakukan persetubuhan dan ia berlaku selepas tiga kali warga emas berkenaan
melakukan kaedah pelik itu,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa membenarkan bapa mentuanya melakukan
perbuatan terkutuk itu atas dasar kepercayaan mahu mengubatinya dan berlarutan
sehingga Mei lalu.
Katanya, mangsa menyedari dia dijadikan hamba seks bapa mentua dan
enggan lagi melayan permintaan lelaki terbabit melakukan hubungan seks setiap
kali tinggal bersendirian.
Tidak tahan perlakuan bapa mentuanya, mangsa membuat laporan di balai
polis berhampiran ditemani adik-beradiknya, 29 Ogos lalu. Difahamkan, suspek
melarikan diri selepas mangsa membuat laporan dan sehingga kini belum ada
tangkapan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan
ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan menerima laporan dan siasatan
dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.
sumber dari hmetro.
No comments:
Post a Comment