Hehe,
mesti mak budak ni garang.. kalau tak serupa rimau. Macam singa! Siaplah kau, dah
pasti telinga tu kena pulas! Dah lah menipu, buat maksiat pula.. huhu.
Cuba
dengar cakap ostad sikit. Kalau nak buat apa-apa yang tak baik tu... cuba
bayangkan wajah Ibu! IssyaAllah perkara ini takkan berlaku.
Bayangkan
apa kata maknya nanti... “duit pun mintak kat aku... ada hati nak kat anak
orang! Ko nak bagi makan apa? Pasir!”... gitulah gamaknya. Wallahu a’alam.
'Bang...saya takut mak marah'
BATU PAHAT - “Jangan macam ni bang, nanti mak
saya marah,” itu rayuan seorang pemuda awal 20-an setelah ditahan berdua-duaan
bersama pasangannya di sebuah hotel di Ayer Hitam, malam semalam.
Pemuda berkenaan yang memberi banyak alasan
turut merungut serta menyatakan dia tidak melakukan kesalahan, cuma menemani
kekasihnya di bilik hotel sementara menunggu hari siang.
Timbalan Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor
(Jaij) Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, semasa serbuan, pemuda
berkenaan dan pasangannya mengambil masa untuk membuka pintu hotel.
Katanya, sebaik membuka pintu berkenaan pemuda
itu memberi pelbagai alasan termasuk menemani ‘anak saudaranya’ yang takut
tinggal di hotel itu seorang diri.
“Pemuda berkenaan turut memberi pelbagai alasan
lain seperti membeli makanan, menemani pasangannya serta hanya singgah sebentar
dan akan pulang selepas itu.
“Pemuda berkenaan turut mengaku menipu ibunya,
di mana dia menyatakan akan ke Segamat tetapi sebenarnya singgah di hotel di
Ayer Hitam ini untuk bersama kekasih.
“Operasi ini turut disertai beberapa anggota
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya selepas rutin operasi
mencegah maksiat di daerah ini, semalam.
Menurut Saiful, walau apa juga alasan diberikan,
pemuda dan pasangannya tetap melakukan kesalahan kerana berdua-duaan secara
berkurung sehingga menimbulkan syak.
Katanya, pasangan berkenaan kini ditahan dan
akan didakwa mengikut Seksyen 27 (1) (a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah
Johor 1997,
“Pasangan ini akan dihadap ke mahkamah selepas
siasatan kes kesalahan yang mereka lakukan ini selesai.
“Operasi ini bertujuan membendung kegiatan
sumbang yang makin menular di kalangan anak muda yang semakin membimbangkan
semenjak akhir-akhir ini.
“Selain itu, operasi seperti ini juga akan
dilakukan dengan lebih kerap, dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel
bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment