Damanhuri |
IPOH - Jenazah
pemuda yang mati tersepit di celah palang tingkap rumah jirannya 20 Julai lalu
akhirnya dikebumikan oleh keluarganya selepas 60 hari berada di Rumah Mayat
Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.
Keputusan
Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, untuk menguruskan jenazah anaknya yang meninggal
dunia pada 20 Julai lalu itu dibuat seminggu selepas Mahkamah Tinggi di sini
menolak permohonannya untuk melakukan bedah siasat kedua ke atas jenazah
anaknya itu.
Mayat Sherul
Aizam, 27, dituntut bapanya, Mohd. Damanhuri Mohd. Fuad, 50, pada 11 pagi
sebelum di solat jenazah di rumah keluarganya di Manjoi di sini.
Jenazah
Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap di sini pada
pukul 12 tengah hari ini.
"Naluri
kebapaan saya tetap mengatakan sesuatu tidak kena dengan punca kematian anak
saya.
Mohd.
Damanhuri berkata, sebagai bapa dia telah membuat pertimbangan yang wajar dan keputusan
mengebumikan jenazah Sherul Aizam, 27, bukan atas desakan mana-mana pihak.
"Memang
pakar patalogi HRPB memberi nasihat beberapa hari lalu malahan saya juga baru
selesai mengadakan perbincangan bersama peguam serta doktor pakar peribadi kami
pada petang ini (semalam) dan saya ambil kesemua pandangan mereka.
"Saya
tetap akan berjuang mendapatkan keadilan untuk dia ( Sherul Aizam) menerusi
lunas undang-undang," kata Mohd. Damanhuri ketika ditemui di sini hari
ini. - KOSMO!
Berita terdahulu [Klik Sini].
No comments:
Post a Comment