Tuesday, September 10, 2013

SATU KEAJAIBAN! Lelaki Tersesat 4 Bulan Ditemui Hidup Selepas Makan Tikus Untuk Terus Hidup




Seorang lelaki Raul Fernando Gomez Circunegui, 58, bagaikan diberi talian hayat kedua untuk terus hidup dalam usaha untuk menyeberangi kawasan pedalaman Pergunungan Andes dari Chile ke Argentina dengan berjalan kaki selepas motosikalnya rosak. Beliau tersesat dalam ribut salji pada bulan Mei lalu.

Beliau yang hilang dalam empat bulan yang lalu telah ditemui masih hidup selepas makan tikus dan kismis untuk terus hidup.


Gomez 58 tahun berasal dari Uruguay, kemudian dilaporkan hilang semasa ribut salji. Gomez ditemui pada hari Ahad di ketinggian 2,840 meter (9,318 kaki) di atas paras laut oleh pegawai-pegawai dari wilayah barat laut Argentina.

Gomez yang ditemui berkeadaan Lemah masih mampu membuka pintu tempat perlindungannya itu, untuk menarik perhatian pasukan penyelamat.
  
Gabenor San Juan, Jose Luis Gioja memberitahu akhbar tempatan Diario de Cuyo: "kebenarannya adalah, bahawa ini adalah satu keajaiban. Kita masih tidak boleh mempercayainya”.


"Kita biarkan dia bercakap kepada isterinya,  ibunya dan anak perempuannya”. Saya bertanya kepadanya : "Adakah anda seorang yang beriman?”. Dia memberitahu saya, “tidak, tetapi sekarang ya."

Gomez berjaya untuk terus hidup dalam musim sejuk yang teruk itu dengan memakan gula, kismis, tikus dan sisa bekalan yang tinggal. Beliau kehilangan berat badan sebanyak 20kg dalam pengalaman pahit itu, menurut laporan media.
 
Gambar menunjukkan beliau kelihatan kurus dan berjanggut.  Gomez berehat di atas katil telah disiarkan di laman web akhbar Argentina Clarin dan La Nacion.


Seorang doktor yang memeriksa Gomez terkejut dengan daya tahan badannya, menurut akhbar Uruguay El Pais .

"Dia seorang pesakit yang mengidap tekanan darah tinggi, juga seorang perokok dan mengalami tanda-tanda kekurangan zat makanan”, kata doktor yang merawatnya. “Tetapi dia akan stabil dalam beberapa hari lagi”.

Pada tahun 1972, sebuah pesawat yang membawa pasukan ragbi Uruguay untuk ke Chile terhempas di Andes. Beberapa mangsa yang ditemui masih hidup dengan makan mayat.

source: mirror.co.uk

No comments:

Post a Comment