KUALA LUMPUR:
Susulan daripada kemalangan yang menimpa pelakon Nabila Huda semalam, bapa
kepada aktres berkenaan iaitu Amy Search hanya mengetahui mengenai kemalangan
berkenaan petang semalam selepas dihubungi rakan Nabila.
Bercakap
kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Amy Search berkata dia baru sahaja
pulang daripada melawat anak dan cucunya di hospital.
"Sebaik
saja selepas menerima panggilan dari kawan Nabila, barulah saya terima
panggilan daripada Nabila sendiri. Kalau nak tahu, saya baru saja pulang dari
hospital untuk melawat mereka.
"Keadaan
buat masa sekarang semuanya tenang. Nabila hanya cedera ringan, tetapi cucu
saya, Keisha Laila ditahan di dalam wad kerana dia perlu menjalani X-tray
kerana tangan kirinya retak.
"Sewaktu
kemalangan, saya diberitahu bukan Nabila yang memandu sebaliknya kawan Nabila,
Syazwan yang memandu kereta tersebut," kata Amy.
Dalam pada
itu, Amy nampaknya lebih memihak terhadap komen yang ditulis bekas suami Nabila
iaitu Eddie di laman Twitternya lelaki berkenaan.
"Kalaus
saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat
kerja. Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila
sebelum ini, pernah bawa Keisha ke tempat kerja atau pun tidak.
"Tapi,
kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada. Dengan apa yang terjadi sekarang
ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara. Apapun ini adalah peringatan
buat penjaga itu sendiri.
"Bagi
saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila," jelas Amy yang
amat risau keadaan cucunya itu.
Berita terdahulu..
No comments:
Post a Comment