Kata
orang lama, karana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa! Itulah harga
yang patut dibayar akibat tak sayang mulut.
Isu
memaki hamun oleh Siti Aisya pada Pak Guard yang hanya menjalankan tugas
menjadi makin panas bila Majikan En. Azman bertekad untu membawa kes ini ke
Mahkamah. Dilihat permohonan maaf yang dibuat oleh Aisya semalam seolah tiada
keikhlasannya...?.
AZMAN mendengar penjelasan pengurusnya
Mukhveer (kanan)
sambil diperhatikan Pengurus Operasi dan
Pemasaran syarikat
Zayed Adam Behl.
Beliau
hanya menuntut maaf dari seluruh rakyat Malaysia yang asyik menghentamnya
melalui komen di laman sosial, dan tidak menjurus khusus kepada orang yang
diinayanya itu. Jumpa pun tidak, telefon pun langsung tiada!
Berita
buruk buat Siti Aisya....
‘Kita jumpa saja di mahkamah’
Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan polis
ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke
mahkamah.”
Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn
Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu
Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara
Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.
Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana
Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.
“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang
bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan
kami,” katanya, semalam.
Insiden pertengkaran Siti Aisya dengan Azman
menjadi perhatian ramai apabila rakaman video kejadian itu yang berdurasi 55
saat dimuat naik ke Internet dan disebar luas pengguna laman sosial Facebook
(FB) serta YouTube. -hmetro
Lihat
video ini;
@Isu Maruah, Isu Serios! Kita tidak minta dilahirkan begitu...Jika boleh mungubah takdir, Munkin En. Azman mahu saja dilahirkan dalam keluarga Istana Brunei atau Arab Saudi yang tandas di disadurkan dengan EMAS!
No comments:
Post a Comment