Tuesday, September 10, 2013

STICKER Yang Membuatkan Orang Marah!

Imej seorang wanita terbaring di belakang
sebuah trak yang diikat dengan tali.



Pelekat truck yang menunjukkan seorang wanita muda yang tidak berdaya yang nampak seperti telah diculik telah menimbulkan rasa tidak senang hati dari orang ramai dan telah menerima banyak bantahan.

Sebenarnya imej itu telah dicipta oleh sebuah syarikat pemasaran dan pengiklanan yang berpangkalan di Waco, Texas, dan dilekatkan pada sebuah van sebagai sebahagian daripada satu eksperimen untuk melihat bagaimana realistik reka bentuk mereka.

Eksperimen mereka berjaya dan meyakinkan apabila terdapat pejalan kaki yang terpedaya dan mempercayainya telah bertindak menghubungi pihak polis.

 
Seperti yang dilaporkan oleh New York Daily News, firma itu juga telah dikritik sebagai sadis dan menjijikkan. Reaksi orang ramai yang meluahkan perasaan marah telah berkongsi kisah-kisah penculikan, rogol dan penculikan melalui Facebook firma itu.

Brad Kolb, dari Hornet Signs yang mereka pelekat itu, memberitahu KWTX bahawa syarikat itu tidak bertujuan untuk menyebabkan keresahan dan menimbulkan kemarahan orang ramai.

“Saya tidak menjangkakan reaksi yang akan kita dapat, ia adalah satu percubaan untuk melihat sejauh mana keprihatinan mereka”.


Encik Kolb berkata pelekat itu menunjukkan gambar salah seorang dari pekerja beliau yang menawarkan diri untuk menimbulkan imej itu.

Ia kemudiannya digunakan pada trak pekerja lain, telah mencetuskan kemarahan dari orang ramai yang melihatnya. Pelekat ini juga mendapat reaksi di Twitter.

Cosette Paneque menulis: "Dan ini adalah bagaimana untuk menggunakan keganasan terhadap wanita untuk mendapatkan perniagaan. Hornet begitu memalukan”.

source: mirror.co.uk

No comments:

Post a Comment