Seorang
wanita terpaksa menjalani rawatan di hospital selepas cuba meyembunyikan wang
tunai AS$5,000 (RM16,370) dalam duburnya dan cuba mengeluarkan wang itu dengan
berus tandas dan penyepit.
Christie
Black, 43, didakwa mencuri wang itu daripada teman lelakinya Bobby Gulley
minggu lalu. Ketika dibawa ke Hospital Hawkins Memorial, Christie mengalami
pendarahan teruk apabila percubaannya mengeluarkan wang itu gagal. Polis
mendakwanya mencuri lebih $1,000 (RM3,274).
Dalam
kejadian kira-kira jam 1 pagi Selasa lalu, polis Hawkins pergi ke kediaman
Gulley selepas menerima aduan teman wanitanya mencuri wangnya. Gulley
memaklumkan kepada Sarjan Michael Allen bahawa dia memerangkap Christie dengan
meletakkan dua sampul surat berisi AS$4,000 (RM13,096) dan AS$1,000 (RM3,274)
dalam plastik ubat usang yang ditinggalkan di atas meja.
Apabila
terjaga pada waktu malam Gulley mendapati beg itu hilang. Dia kemudian
bersemuka dengan Christie dan bertanya kepada wanita itu mengenai wang berkenaan.
Kerana takut Christie memuntahkan beg plastik mengandungi sebahagian pil yang
sudah larut.
Dia
juga mengaku meletakkan wang itu dalam bungkusan sebelum dimasukkan ke dalam
duburnya.
“Christie
mengaku mengambil wang dan ubat itu kerana bimbang Gulley akan mengusirnya. Dia
perlukan wang untuk mencari tempat tinggal baru,” kata Allen.
Allen
berkata, Christie kemudian cuba mengeluarkan wang itu dengan berus tandas dan
penyepit tetapi gagal.
“Dia
mengalami pendarahan teruk dan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Hawkins
Memorial.
“Doktor
berjaya mengeluarkan wang berkenaan dan menyerahkannya kepada polis sebagai
bahan bukti,” katanya.
@Cerita
ni dah seminggu dah, mungkin ada yang belum tahu bagaimana ‘ginius’ nya cara
manusia berfikir. Biasa didengar ada orang sorok dadah diisi dalam kondom dengan
menelannya atau disumbat dalam kemaluannya. Yang sumbat ayam dalam kemaluan pun
ader... hehe.
No comments:
Post a Comment