Thursday, September 26, 2013

Berita Buruk Untuk Isteri Mat Yo!!! .. Majikan Pak Guard Yang Dimaki Hamun Oleh Isteri Mat Yo Akan Mempertahankan Beliau Habis-Habisan




MAJIKAN PERTAHAN AZMAN NAYAN ...
Itulah tajuk utama muka depan akhbar Harian Metro hari ini.

Pengurus syarikat keselamatan Valiant Force Sdn Bhd telah membuat ikrar janji akan mempertahankan pengawal keselamatan yang bertugas dengan syarikatnya yang kena maki hamun dan diterajang semasa menjalankan tugas di Lapangan Terbang Subang Skypark 2 minggu lalu oleh isteri pemain bola sepak negara, Mat Yo, Siti Aisya Adam.

Ikrar dan janji keramat ini dibuat berdasarkan kepada rakaman CCTV yang telah dilihat beliau sendiri yang jelas membuktikan sebelum pentengkaran berlaku, pengawal keselamatan yang berumur 49 tahun Azman Nayan telah menjalankan tugas dengan betul dan ikut prosedur operasi standard yang ditetapkan sebelum meminta Mat Yo dan isteri mengalihkan kereta Mini Cooper pasangan itu kerana diletakkan di kawasan larangan selama lebih 20 minit.

Jangan isteri Mat Yo ingat Pk Cik itu hanya seorang berjawatan Pengawal Keselamatan tidak mungkin majikan akan mempertahankan tindakan keatas dirinya bila aduan dibuat oleh seorang isteri kepada pemain bola sepak negara.

Sekarang bukan saja rakyat dibelakang Pak Cik Guard itu tapi yang paling penting majikannya sendiri akan pertahankan beliau habis-habisan !!.

@Isu kemanusiaan ini mendapat perhatian banyak pihak, hingga ada Para Peguam menawarkan khidmat secara PERCUMA! Kita lihat sekarang siapa yang BODOH dulu, kini dan selamanya..!!

Ikuti cerita itu [Di Sini]




No comments:

Post a Comment