Saturday, September 28, 2013

Janda Nekad Terjun Bangunan Elak Dirogol !!




Berita yang Jarang di dengar!. Selalunya bila menjadi seorang janda (tidak semua), dia sendiri yang akan mencarinya bila terasa sunyi. Apabila tiba musim gersang sanggup berbuat apa saja asalkan... (lu pikirlah sendiri!)

Rela Mati Demi Maruah

Kuala Lumpur: Demi maruah dan kehormatan diri, seorang janda anak satu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, semalam untuk menyelamatkan diri daripada dirogol.

Akibat kejadian yang berlaku jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah. Beliau mempunyai seorang anak berumur 6 tahun dan tinggal bersama bekas suaminya.

Mangsa yang memakai kemeja-T tidak berlengan dan hanya berseluar dalam ditemui orang ramai terbaring di bahagian bawah bangunan berkenaan, berhampiran kedai mencuci kereta.

Dia yang berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut. Menurut rakannya, beliau tinggal berasingan dengan bekas suaminya dan baru seminggu bekerja sebagai pembantu kedai.

Seorang saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Arif berkata, sebelum itu dia mendengar suara jeritan wanita meminta tolong.

Menurut mangsa beliau telah dikurung di rumah itu oleh lelaki yang tidak dikenali dan cuba untuk merogolnya. –hmetro.

@Sesiapa yang teringin nak berbini 2, carilah janda ini...
-Kerana maruah, sanggup mati. InsyaAllah selamat dunia akhirat. Tak macam sesetengah isteri yang sanggup cari jantan lain sedangkan masih lagi mendapat sentuhan bersuami – Serios!


No comments:

Post a Comment