Wednesday, September 18, 2013

AWAS!: Daging Kucing Jadi Hidangan di China?





Kucing dikenali sebagai binatang yang jinak. Sanggup ke anda makan daging kucing? Namun berhati-hati jika menjamu selera di Beijing, China, kerana daging kucing dijadikan menu hidangan dikalangan restoran di sana. Bila daging itu di hidangkan di atas pinggan! Nampak sama, tapi tak serupa...

Kucing-kucing terbiar akan ditangkap dan dijual. Kemudian dibunuh dan akan dijadikan makanan exotik. Kejadian ini betul-betul berlaku di sebuah pasar di China. Lebih 10,000 ekor kucing dijual dan dibunuh setiap hari.
 
Kucing Dijual Sebagai Daging Kambing

Beijing: Seorang lelaki di Zhengzhou di wilayah Henan mencuri kucing jirannya untuk mendapat bekalan daging haiwan itu sebelum menjualnya sebagai ‘daging kambing’ di restoran tempatan.

Akhbar semalam melaporkan, lelaki terbabit menggunakan burung pipit sebagai umpan menarik perhatian kucing di sekitar kejiranannya.

Polis berkata, ketika ditangkap, pihak berkuasa menemui tiga karung berisi 20 ekor kucing hidup yang disusun di atas motosikalnya. Menurut sumber, untuk menampakkan daging kucing itu seperti daging kambing, lelaki terbabit merendamnya dalam air kencing kambing serta sejenis minyak.

Ia kemudian dijual ke restoran tempatan pada “harga borong.” - Agensi


Info Tentang Kucing

Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang dan bulu-pendek.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan.

Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

Lihat video;
‘Against Cat Meat Trade in China’


No comments:

Post a Comment