KUALA
LUMPUR, 9 SEPTEMBER 2013: Sehingga hari ini, belum lagi terurai segala
kekusutan yang melanda rumahtangga aktres jelita, Erra Fazira dan Engku Emran.
Namun
Erra Fazira ketika ditemui portal murai.com.my menjelaskan bahawa perkara itu
bukanlah disengajakan. Erra Fazira ternyata miliki cara tersendiri untuk
menyelesaikan dilema yang dilaluinya itu dan dalam masa yang sama mencari masa
yang paling sesuai untuk memperbetulkan keadaan.
Kata
Erra Fazira, dia kecewa apabila kisah peribadinya diperkatakan dan cerita yang
ditokok tambah bagi memburukkan lagi keadaan. Lebih menyukarkan lagi keadaan
apabila ianya tidak bertemukan dengan sebarang jalan penyelesaian.
Sebagai
anak seni, Erra akur dengan lumrah yang menjadi asam garam kehidupan. Malah dia
cuba sibukkan diri, serta mencari masa yang sesuai untuk tampil memperjelaskan
segala persoalan yang timbul sebelum ini.
"Buat
masa ini saya sibukkan diri dengan penggambaran drama untuk mengelakkan
daripada terbeban dengan memikirkan perkara yang melibatkan peribadi saya yang
menjadi bualan umum.
"Baru-baru
ini saya mengikuti produksi Erma Fatima ke Eropah untuk beberapa siri drama dan
telemovie. Malah, bukan baru-baru ini sahaja kehidupan rumahtangga saya jadi
bualan, tetapi sudah lama.
"Saya
tidak mahu ianya menjadi penyebab atau mengganggu kerjaya saya. Jadi lebih baik
saya sibukkan diri sementara menunggu waktu yang sesuai memperjelaskan agar
semua yang selama ini ditokok tambah akan dapat diperbetulkan semula.
"Lagipun
siapa mahu terus berhadapan dengan situasi sebegini?," katanya.
Tambah
Erra lagi, dia sedar bahawa dia masih berhutang penjelasan mengenai hal
rumahtangganya dengan umum.
Tetapi
dia percaya, apabila tiba waktunya nanti, pasti semuanya akan diperjelaskan.
Tidak elok rasanya menggantung orang tidak bertali (tentang perkahwinannya).
Kerana itu, saya menanti waktu yang paling tepat untuk bercakap pasal perkara
ini.
"Apabila
semuanya jelas saya tidak mahu lagi bercakap pasal perkara ini," ujar Erra
dalam nada yang tegas apabila kisah rumahtangganya terus menjadi perbualan
umum.
No comments:
Post a Comment