Wanita warga
asing yang berjaya dicekup
di sebuah kedai kopi di Pusat Bandar Puchong
|
PUCHONG –
Dengan bayaran RM50, pengunjung sebuah kedai kopi di sini ditawarkan khidmat
pelayan perhubungan pelanggan (GRO) yang dijadikan peneman minum selain untuk
berpelukkan.
Difahamkan,
pengusaha premis juga membenarkan pelanggan membawa pulang gadis warga asing
terbabit untuk layanan ekstra sekiranya bayaran ditambah RM50 lagi.
Kegiatan tidak
bermoral sejak dua tahun lalu itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa
dan premis bertopengkan kedai makanan terbabit diserbu Bahagian Kongsi Gelap,
Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang , kelmarin.
Pegawai D7 IPD Serdang, Inspek-tor Roslin Mohd Isa
berkata, hasil risikan dan intipan, beliau bersama lapan anggotanya melakukan
pemeriksaan dan mendapati premis terletak di Jalan Bandar 10 itu tidak
mempunyai lesen perniagaan yang sah.
Katanya, lima
wanita warga Vietnam dan empat warga China berjaya dicekup ketika leka melayan
pelanggan masing-masing.
Beliau
berkata, wanita terbabit akan melayan pelanggan mereka sehingga mabuk dan
mendapat komisen sekiranya menjual lebih banyak minuman keras.
Jelasnya,
pengusaha premis bukan sahaja menawarkan minuman keras dan pelayan tetapi
bertindak seperti bapa ayam sekiranya ada pelanggan yang mahu membuat hubungan
seks dengan pekerja mereka.
“Jika
pelanggan mahu layanan ekstra mereka kena ‘deal’ dengan pelayan dan perlu
membayar sedikit caj kepada pengusaha premis untuk membawa keluar pekerja
mereka.
“Sejak dua tahun
beroperasi, premis ini sudah beberapa kali diserbu namun pengusaha berdegil dan
meneruskan operasi perniagaan haram mereka,” katanya.
Roslin
berkata, seorang penjaga premis warga tempatan ditahan untuk siasatan lanjut. Beliau
berkata, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen
1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen.
No comments:
Post a Comment