Imej dari Google |
Tidak
diketahui apa permasalahan mereka, namun tindakan si isteri umur 27, (kata
orang ‘tengah panas’) membawa pulang jantan lain pada jam 2 pagi masuk ke dalam
bilik, tidak ada maksud lain, melainkan melayan nafsu serakahnya yang tengah
kegersangan yang mungkin tidak dapat diberikan oleh suaminya. Itu pandangan aku
jew..
Inilah
akibatnya jika hukum agama dipandang sebelah mata. Maka bergelak ketawalah raja
Iblis, kerana berhasil merekrut sorang lain nak cucu Adam menjadi downline
nya...
Jika
lemah batin menjadi punca, para suami patut ada sedikit ilmu bagaimana untuk
melayan si isteri. Umpama orang memancing, jika kail disentap ‘baracuda’ yang
berspesis ganas itu, kenalah layan dulu.. tarik.. lepas.. tarik.. lepas... ambil
masa sikit. Bila ikan dan lemah, maka mudahlah untuk mendaratkannya!
Ketahui
teknik urutan zakar [di sini].
Dicekup bawa balik kekasih
gelap
BANDARAYA MELAKA -
Gara-gara membawa balik ‘kekasih gelap’ ke rumah sewaktu suami keluar bekerja,
seorang wanita di Bukit Rambai, dekat sini, dicekup polis dan penduduk awal
pagi, semalam. Dalam kejadian 2 pagi itu, wanita kepada dua anak berusia 27
tahun itu dicekup bersama lelaki berusia 28 tahun selepas didapati berkhalwat
di rumah wanita berkenaan.
Pasangan terbabit
yang dicekup sepasukan polis kemudiannya
diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut. Ketua
Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan
lelaki terbabit datang setengah jam sebelum dia bersama wanita terbabit
dicekup. Katanya, ketika itu wanita terbabit membuka pintu dan selepas anggota
polis masuk dan membuat pemeriksaan menemui lelaki berkenaan di sebuah bilik.
“Lelaki terbabit
datang selepas suami kepada wanita itu keluar bekerja dan turut mengetahui
temannya itu berstatus isteri orang. Wanita itu memberi alasan dia mempunyai
krisis rumah tangga dengan suaminya dan memberi alasan tidak mengetahui pukul
berapa suaminya bekerja serta mengambil kesempatan mengajak lelaki berkenaan
datang ke rumah,” katanya, di sini, semalam.
Pasangan berkenaan sudah
kenal sejak enam tahun lalu dan lelaki itu pula berstatus bujang. Ketika wanita
berkenaan dan pasangannya dicekup, kedua-dua anak wanita itu tiada di rumah.
“Kehadiran lelaki
terbabit disedari penduduk sebelum membuat aduan kepada polis untuk menahan
mereka kerana disyaki berkhalwat. Pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen
53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan
bukan muhrim. Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama
24 bulan atau kedua-duanya sekali,” kata Rahimin.
sumber dari sinarharian.
No comments:
Post a Comment