KUANTAN: Setelah menjalani uji bakat di lima
lokasi di serata Malaysia, memilih dari ribuan peserta uji bakat yang hadir dan
menyingkirkan 12 dari 24 peserta yang terbaik, inilah dia 12 orang pelajar yang
akan menghiasi program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) musim ini.
Sepuluh dari
mereka telah pun diumumkan pada malam Jumaat yang lalu iaitu Aishah, Azhael,
Darren, Iman, Indah, Irmisa, Nabila, Nona, Sani dan Suhada manakala dua lagi
iaitu Faizul dan Amira telah diumumkan dalam Konsert Prelude AF yang
berlangsung sebentar tadi.
Menarik kali
ini, dua pasangan duo atau duet iaitu Irmisa dan Azhael telah terpilih dari
kalangan 12 peserta ini. Irmisa dianggotai pasangan adik beradik iaitu Irmiza
dan Irsa manakala Azhael pula adalah pasangan sahabat yang dianggotai oleh Hal
Huzaini dan Azhar.
Adik kepada
penyanyi popular Singapura, Aliff Aziz iaitu Aisyah juga antara yang bertuah
berjaya menempa nama sebagai pelajar AF kali ini. Seorang lagi peserta dari
Singapura selain Aisyah ialah Sani menjadikan dua peserta yang berasal dari
Kota Singa itu.
Sementara itu,
Faizul dan Amira pula telah diserap masuk ke dalam AF2013 selepas mendapat
undian tertinggi dari pengundi yang mengundi menerusi aplikasi Samsung Galaxy
Entri.
Konsert
Prelude AF kali ini telah berlangsung dari Padang MPK 4, Kuantan, Pahang dan
penonton di rumah turut boleh menyaksikannya melalui Astro Ria (saluran 104)
dan Astro Maya HD (saluran 135).
Zizan Razak
turut diperkenalkan sebagai hos untuk AF2013 manakala tiga pengkritik tetap
untuk musim kali ini ialah Sharifah Amani, Edry Abdul Halim dan Roslan Aziz.
Tahniah kepada
12 orang pelajar yang terpilih menghiasi AF2013 ini. Kepada penonton jangan
lupa untuk mengundi pelajar Akademi Fantasia 2013 pilihan anda. AF2013 telah
dibawakan oleh Samsung.
No comments:
Post a Comment