MUMBAI 20
Sept. - Lima suspek lelaki yang terlibat dalam kes rogol secara berkumpulan
seorang jurugambar pada bulan lalu, didakwa di mahkamah di sini semalam.
Empat suspek
didakwa di Mahkamah Esplanade atas sekurang-kurangnya lima pertuduhan termasuk
merogol secara berkumpulan, melakukan seks luar tabii, mengurung mangsa,
memusnahkan bukti dan berkonspirasi dalam kejadian pada 22 Ogos lalu.
Inspektor Sahab buat siasatan |
Manakala
seorang lagi suspek bawah umur didakwa di mahkamah juvenil kerana berusia bawah
18 tahun ketika melakukan jenayah terbabit.
Mangsa yang
berusia 22 tahun dirogol berulang kali ketika dia ditugaskan mengambil gambar
di sebuah kilang terbiar di tengah Mumbai.
Seorang rakan
lelaki yang menemaninya turut dipukul dan diikat dengan tali pinggang ketika
wanita terbabit diserang dan dirogol. - AFP
Berita
terdahulu;
Wartawan
Wanita Dirogol Beramai-ramai Di India
Seorang wanita yang juga wartawan
dan jurugambar, dirogol beramai-ramai di Mumbai, india. Kata polis, mangsa yang
berusia 20-an, kini dirawat di Hospital Selatan Mumbai. Kejadian berlaku,
petang Khamis.
Menteri Dalam Negeri Maharashtra,
R.R Patil yang melawat mangsa di hospital, mahu pihak bertanggungjawab
ditangkap segera.
Kejadian berlaku ketika mangsa
bersama seorang rakan sekerja melakukan tugasan, di sebuah kilang tekstil yang
diabai di Lower Parel. Wilayah industri
yang kini berubah menjadi lokasi penempatan mewah.
Kata Ketua Polis Mumbai, Komisioner
Satyapal Singh, mereka diserang ketika cuba mengambil gambar di situ. Sekurang-kurangnya,
12 saspek ditahan.
Disember tahun lalu, seorang gadis
23 tahun dirogol beramai-ramai di New Delhi. Mangsa kemudian mati di hospital
Singapura, dua minggu kemudian, selepas mengalami kecederaan parah.
Lihat video Di Sini.
No comments:
Post a Comment