Oleh
Shahbudin Husin;
KENAIKAN
harga minyak yang diumumkan Najib menimbulkan keributan yang bukan sedikit
rupanya.
Tidak
saja rakyat biasa yang mengeluh dan meluahkan kemarahan, kalangan ahli dan
pemimpin Umno juga mempunyai rasa yang senada.
Mereka
turut kecewa dengan kenaikan itu, bukan saja kerana tiada angin atau ribut yang
mengatakan harga minyak dunia meningkat tetapi juga kerana kenaikan itu
diumumkan begitu pantas iaitu hanya kira-kira lebih sedikit daripada 100 hari
selepas kemenangan tipis yang diraih BN dalam pilihan raya umum lalu.
Ditambah
pula, dengan kemeriahan sambutan hari raya yang masih terasa dengan perdana
menteri dan semua menteri Kabinet dilihat begitu bergembira dengan pesta rumah
terbuka berserta jamuan yang hebat di sana-sini dengan menggunakan wang rakyat,
tiba-tiba rakyat mahu dibebankan pula dengan kenaikan harga minyak yang
tentunya juga akan diiringi dengan pelbagai kenaikan lainnya dalam perkhidmatan
dan barangan pengguna.
Oleh
kerana tahun ini tahun pemilihan Umno, gah dan meriahnya majlis rumah terbuka
menteri lebih jelas dapat dirasakan, terutama mereka yang mahu bertanding
jawatan lebih tinggi atau mempertahankan jawatan sedia ada. Sudahlah ada rumah
terbuka perdana menteri bersama menteri Kabinet, ada pula rumah terbuka
kementerian, kemudian semua agensi pula turut mengadakan rumah terbuka.
Di
kawasan Parlimen juga, menteri dan timbalan menteri mengadakan rumah terbuka.
Habisnya,
sebulan Syawal ini jadual menteri dan timbalan menteri hanya asyik dengan rumah
terbuka saja. Oleh kerana tahun pemilihan juga dan bimbang undi berkurangan,
menteri turut mengambil kesempatan hadir ke rumah terbuka kementerian lainnya.
Tentu
terlihat tidak sopan, setelah pemimpin berpesta dan menghabiskan duit rakyat
manakala rakyat hanya dapat menatapnya melalui tv dan akhbar, tiba-tiba
bebannya mahu dilonggokkan ke bahu rakyat.
Bagi
sesetengah pihak, ini diskriminasi dan penindasan yang tiada tolok bandingnya.
Jika diambil kira dengan pelbagai kemewahan dan perbelanjaan lainnya yang
dilakukan pemimpin, termasuk kos lawatan Najib ke luar negara hampir RM50 juta,
keghairahan kerajaan menukar jenama baru untuk kereta rasmi menteri dan
sebagainya, kerajaan dilihat seolah-olah tidak punya perasaan langsung apabila
menaikkan harga minyak ini.
Pada
masa sama, kenaikan harga minyak itu juga dilakukan di tengah-tengah kebanggaan
yang diumumkan bahawa Petronas pada 2012 mencatat keuntungan sebanyak RM59
bilion manakala keuntungan pada suku kedua 2013 ini pula mencecah angka RM21.9
bilion.
Dengan
keuntungan sebesar itu, Najib terlihat begitu kemaruk dengan penjimatan RM1.1
bilion melalui kenaikan harga harga minyak dan memotong subsidi rakyat yang
mana sebahagian besarnya penerima nikmat subsidi ini adalah orang kampung dan
luar bandar yang selama ini penyokong tegar Umno serta penyumbang utama kepada
kemenangan BN dalam pilihan raya lalu.
Apakah
RM1.1 bilion itu tidak boleh ditampung melalui sumber lain dan lebih besar
nilainya daripada menghimpit kehidupan rakyat ke kancah yang lebih sukar?
Sebaik
menang pilihan raya, Najib seperti sudah lupa siapa yang menyokong dan
menjadikannya kekal sebagai perdana menteri.
Lalu,
dengan pelbagai keluhan dan sungutan mengenai kenaikan harga minyak ini, di
manakah slogan "Kami mendengar" dan kerajaan sentiasa bersama denyut
nadi rakyat yang sering dilaungkan selama ini?
Sebab
itu, tidak hairan kenaikan harga minyak kali ini turut mendapat reaksi yang
tidak menyenangkan daripada pemimpin Umno sendiri. Sementara ramai yang berdiam
diri kerana tidak bersetuju tetapi tidak mahu meluahkan perasaan secara
terang-terangan kerana bimbang periuk nasi terjejas, terdapat juga yang berani berterus-terang.
Seorang
pemimpin pemuda, Lokman Nor Adam mahu Najib dan kerajaan memikirkan semula
kenaikan harga minyak ini dan mencari kaedah lain untuk menampung kos RM1.1
bilion yang diperlukan untuk meneruskan subsidi minyak yang dikurangkan itu.
Di
pelbagai peringkat lainnya, ramai lagi pemimpin dan ahli Umno yang turut kecewa
dengan tindakan Najib ini. Mereka meluahkan kekecewaan dengan cara tersendiri.
Ada yang meluahkannya melalui perbualan dengan kawan atau ketika sambil
berbual-bual di kedai kopi.
Seorang
pemimpin Umno yang ditemui jelas kecewa dengan tindakan Najib ini. Beliau
kecewa bukan saja kerana tindakan ini dilihat menyusahkan rakyat tetapi juga
membuat pemimpin sepertinya menghadapi kesukaran untuk mempertahankan keputusan
Najib itu apabila dipersoalkan pengikut serta penyokongnya.
Penyokong
dan pengikutnya yang rata-rata berpendapatan rendah dan sederhana jelas begitu
terpukul dengan kenaikan minyak ini kerana selama ini pun kehidupannya seharian
mereka sekadar cukup makan sebagai kakitangan kerajaan mahupun swasta.
Lebih
menggusarkan pemimpin tadi ialah apabila anaknya juga turut marah, kecewa dan
tidak setuju dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan Najib ini.
Menurutnya,
apabila anaknya yang belajar di universiti turut mempertikaikan tindakan Najib
berserta dengan fakta, angka dan rasionalnya, beliau menghadapi masalah dan
tidak upaya berbuat apa-apa kerana pendapat golongan muda seperti anaknya itu
banyak kebenarannya.
Mahu
mempertahankan kerajaan serba-salah, tidak mempertahankan kerajaan pun
serba-salah juga. Kita sebagai pemimpin Umno pun susah dibuatnya dengan
tindakan Najib ini, rungutnya lagi.
Dengan
kecenderungan Najib berbelanja mewah dan boros serta kemungkinan akan
mengenakan beberapa lagi kenaikan seperti tarif elektrik, pengenalan cukai GST
dan sebagainya sebagai langkah mudah menyeimbangkan kedudukan ekonomi negara,
beliau juga percaya kehidupan rakyat akan terus sulit dalam tempoh empat atau
lima tahun akan datang.
Sehubungan
itu, tambahnya, mengekalkan lagi Najib sebagai perdana menteri hanya seperti
menambah dosa saja kerana kehidupan rakyat yang sudah sedia terbeban dipercayai
akan terus terbeban selagi beliau kekal di tempatnya sekarang.
–
shahbudindotcom.blogspot.com
No comments:
Post a Comment