Menjadi
tanggungjawab kepada setiap ibu bapa memberikan yang terbaik untuk anaknya. Namun
dalam kesibukan mengejar harta dunia yang tak pernah cukup, seringkali anak
diabaikan. Itu realitinya. Tak dinafikan, ibu bapa mampu memberi kemewahan wang ringgit atau apa saja...
bagaimana dengan sentuhan kasih sayang?
Ramai yang telah terjebak dengan tipu daya di laman sosial yang tak bersempadan. Dan ramai juga yang terjebak dengan perangkap cinta siber!
Hakikat dan Sifat
manusia yang tak pernak cukup?
Dari Ibnu ‘Abbas, ia mendengar Rasulullah SAWbersabda,
“Seandainya manusia diberi dua lembah berisi
harta, tentu ia masih menginginkan lembah yang ketiga”
- HR. Bukhari
Dikurung
Dan...
Mengejutkan apabila seramai 15 orang dilaporkan
hilang setiap hari di negara ini dan rata-ratanya membabitkan gadis berusia 13
hingga 17 tahun yang kebanyakannya memiliki rupa paras menawan.
Lebih membimbangkan, polis mengesahkan antara
punca kehilangan gadis berkenaan ialah diculik sindiket pemerdagangan manusia
untuk dijadikan pelacur di negara jiran.
Menyedari isu terbabit menakutkan ibu bapa,
terutama yang memiliki anak perempuan, beberapa keluarga yang menderita akibat kehilangan
anak gadis mereka, selain penyesalan beberapa remaja perempuan akibat
keterlanjuran melarikan diri dari rumah.
Diharap kisah itu memberi iktibar kepada semua
pihak, terutama ibu bapa dan remaja perempuan, bagi mengelak kesilapan sama
berlaku dalam keluarga.
Bagaikan menempah bala, seorang remaja perempuan
di daerah ini yang lari dari rumah kerana mengikut beberapa lelaki baru
dikenali dikurung selama seminggu, jarang diberi makan selain diugut bunuh jika
cuba melarikan diri. - Metro
@Perpesan juga pada diri sendiri dan juga
pada sahabat sekelian... tahukah DIMANA
anak anda sekarang??
No comments:
Post a Comment