Imej suspek sebelum ini yang berbungkus seperti suspek kes pembunuhan wanita Mongolia di Malaysia Atlantuya Shariibuu kini tersebar.
NEW DELHI - INDIA. Mahkamah India, menjatuhkan
hukuman mati ke atas empat individu selepas didapati bersalah merogol dan
membunuh pelajar perubatan berumur 23 tahun di New Delhi, Disember lalu.
Hakim Yogesh Khanna, perbuatan kejam dilakukan
Mukesh Singh, Vinay Sharma, Akshay Thakur dan Pawan Gupta yang telah
mencetuskan bantahan di seluruh negara itu sewajarnya dikenakan hukuman gantung
sampai mati.
(Dari kiri) Mukesh, Vinay, Akshay dan Pawan
berdepan hukuman gantung.
|
Menurut laporan CNN, ketika keputusan diumumkan,
salah seorang tertuduh, Vinay Sharma turut menangis sekuat hati.
Mereka dijangka mengemukakan rayuan terhadap
hukuman itu di Mahkamah Tinggi.
Sebelum ini, keluarga mangsa berterusan menggesa
hukuman mati dikenakan ke atas mereka selepas tertuduh kelima hanya dijatuhi
hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Juvana, minggu lalu. - sharian.
No comments:
Post a Comment