Minyak naik 20sen, ayam naik 80sen!
@Ulasan;
PERDANA
Menteri menaikkan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah
malam 2 September. Anggaran penjimatan RM 1.1 billion untuk 2013
dan RM 3.3 billion untuk 2014 dari pemotongan subsidi petrol dan diesel ini tidak memberi makna sekiranya perbelanjaan
fiskal negara tiris dengan keborosan, rasuah dan ketidakcekapan. Sikap kerajaan
meletakkan bebanan ekonomi terus ke bahu rakyat apakah satu tindakan yang
bijak?
Dilihat
seolah kerajaan hari ini mengambil jalan mudah untuk mengurangkan
kebergantungan subsidi dan defisit negara, dengan memindahkan beban tanggungan
subsidi petrol dan diesel kepada rakyat keseluruhannya, tanpa mengemukakan
langkah yang konkrit untuk meningkatkan pendapatan negara dan menghentikan
ketirisan dalam perbelanjaan.
Kenaikan
harga petrol ron 95 dan diesel sebanyak RM 0.20 adalah umpama kepala keretapi
yang menarik gerabak-gerabak yang lain. Ia akan memberi kesan kepada harga
barangan-barangan lain yang terlibat terutama yang memerlukan pengangkutan. Peningkatan kos bagi input kepada sesuatu
pengeluaran secara langsungnya akan meningkatkan kos kepada apa jua produk.
Penulisan
ini bukan bertujuan untuk mengundang perasaan amarah kepada pihak berkenaan, tetapi
ia bertujuan untuk melihat apakah kesan yang telah dan akan terjadi diperingkat
akhir. Peningkatan harga yang tidak sejajar dengan pendapatan akan menyebabkan
nilai permintaan dalam bentuk wang ringgit akan lebih tinggi berbanding kuasa
beli yang semakin berkurang.
Kenaikan ini secara lazimnya akan menyebabkan kesan gandaan drastik kepada harga barangan dan perkhidmatan yang pastinya membebankan masyarakat khususnya golongan marhaen dan kelas menengah rendah yang telah sedia tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Pada mereka berkelas atasan, kenaikan ini tidak menjadi kudis sedikit pun.
Kenaikan ini secara lazimnya akan menyebabkan kesan gandaan drastik kepada harga barangan dan perkhidmatan yang pastinya membebankan masyarakat khususnya golongan marhaen dan kelas menengah rendah yang telah sedia tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Pada mereka berkelas atasan, kenaikan ini tidak menjadi kudis sedikit pun.
Peningkatan
harga yang bermula sebanyak 20 sen pada petrol/diesel akan dipindahkan kepada
peningkatan kos pengangkutan di mana ia melibatkan hampir semua peringkat
pengeluaran. Peningkatan kos pengeluaran akan memberi kesan kepada marjin
keuntungan dan semestinya syarikat tidak akan menanggungnya secara sendirian.
Peniaga mana yang mahu kerugian?. Sebaliknya, mereka akan memindahkan kos
tersebut kepada pelanggan. Kombinasi kos di semua peringkat ini semestinya
memberi kesan berganda kepada pengguna akhir.
Tiada
siapa yang dapat memberi jaminan bahawa keseluruhan peniaga adalah merupakan
mereka yang beretika, akan ada antara mereka yang mengambil kesempatan untuk
mengaut keuntungan dengan menaikkan harga walaupun peningkatan petrol/diesel
tiada kaitan di dalam penghasilan produk atau servis yang dikeluarkan mereka.
Pihak teraniaya adalah pengguna akhir dan mereka yang tidak mempunyai pilihan selain daripada membeli dengan harga yang tinggi ini. Peningkatan petrol ini secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga secara total.
Pihak teraniaya adalah pengguna akhir dan mereka yang tidak mempunyai pilihan selain daripada membeli dengan harga yang tinggi ini. Peningkatan petrol ini secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga secara total.
Kita maklum bahawa pengurangan subsidi bagi petrol dan diesel ini adalah antara proses realisasi di mana negara perlu untuk mengurangkan defisit terutama apabila negara berada di ambang kegawatan. Kita percaya bahawasanya, tindakan kerajaan untuk mengurangkan subsidi adalah bukan tindakan yang dibuat secara semberono, sudah tentu ianya melibatkan kajian yang terperinci sebelum ianya dilaksanakan. Namun pemilihan mangsa pengurangan subsidi nampak sedikit tempang di mana masyarakat umum sepatutnya tidak menjadi pilihan utama untuk dikorbankan. Mana yang lebih baik antara taik ayam atau memiliki para penasihat setakat cap ayam?
No comments:
Post a Comment