"Saya
tidak sangka sepupu yang selama ini (saya anggap) kekasih sebenarnya abang
kandung sendiri. Lebih malang lagi, saya sering melakukan hubungan seks
dengannya.” Itu pengakuan jujur seorang remaja berusia 13 tahun, Lydia (bukan
nama sebenar) yang ditemui Jurnal di sebuah pusat pemulihan di Selangor
baru-baru ini.
Sejak kecil
hidup Lydia diselubungi rahsia. Dia dipelihara datuknya sejak berusia tiga
bulan. Status Lydia hanya terbongkar selepas dia terbabit dalam satu kemalangan
jalan raya tahun lalu. Menurut cerita Lydia, datuknya mendakwa ibu bapa
kandungnya ialah mak cik dan pak ciknya iaitu ibu bapa kepada sepupunya.
Tidak beragama
Lydia selesa
untuk bercinta dengan sepupu sendiri (abang kandungnya), Rashid (bukan nama
sebenar) walaupun dia ketika itu baru berusia 10 tahun. Hakikatnya, remaja itu
bukan sahaja ditipu oleh datuk dan keluarganya, malah Lydia dibiarkan
terkapai-kapai tanpa didikan agama.
“Saya tidak
pernah mengenal erti solat dan menunaikan amalan wajib yang ditetapkan agama
Islam sehingga pada usia saya sekarang. Itupun saya belajar di pusat pemulihan.
“Malah, saya
tidak beragama walaupun keluarga saya beragama Islam kerana mereka tidak pernah
mengamalkan ajaran Islam. Agama Islam hanya sekadar warisan semata-mata,”
katanya sedih. Keadaan itu menyebabkan Lydia bebas untuk melakukan apa sahaja
yang disukainya termasuk menjadi minah rempit, menghidu gam dan merokok. Hakikatnya,
antara sebab dia bercinta dengan Rashid adalah kerana mereka berkongsi minat
yang sama.
“Rashid juga
seorang mat rempit walaupun bersekolah agama. Jarak sekolahnya hampir dengan
rumah datuk menyebabkan dia sering bermalam.
“Kami sering
minum (di restoran) dan menonton wayang bersama-sama. Rashid sering memberikan
hadiah seperti jam tangan, rantai, cincin dan telefon bimbit kepada saya.
Setelah sekian lama bercinta kami akhirnya melakukan hubungan seks.
Rumah datuk lokasi seks
“Lokasi
perbuatan terkutuk itu tentulah di rumah datuk, terutama ketika dia tiada di
rumah. Kami melakukan aktiviti itu selepas menghidu gam.
“Jiran-jiran
pula tidak mengesyaki apa-apa kerana hubungan persaudaraan kami,” katanya.
Lydia bernasib
baik kerana tidak mengandung kerana dia mengambil pil perancang kehamilan. Cinta
Rashid sebenarnya palsu malah dia mempunyai agenda tersendiri untuk memusnahkan
hidup Lydia. Rashid tidak mencintai Lydia, sebaliknya dia berhasrat untuk
menjadikan remaja itu sebagai objek taruhan merempit.
“Saya tidak
menyedari perkara itu pada awalnya tetapi rahsia itu terbongkar setelah dia
kalah dalam perlumbaan.
“Rashid
meminta saya mengikut sekumpulan mat rempit. Saya kemudian dibawa ke sebuah
rumah dan di sana saya dipaksa melakukan hubungan seks dengan 10 lelaki dalam
satu malam.
“Sakit
rasanya, tetapi kerana cinta pada Rashid saya pendam sahaja. Keesokannya saya
dihantar pulang.
Abang pandai pujuk
“Saya geram
dengan sikap Rashid tetapi akhirnya cair kerana Rashid memang seorang yang
pandai memujuk,” ujar Lydia. Selepas itu, dia terus menjadi umpan taruhan
Rashid apabila lelaki itu merempit. Lydia akhirnya rela menjadi pemuas nafsu
mat rempit.
“Saya tidak
kisah (terhadap) pandangan masyarakat. Mereka kata, saya bohsia, pelacur dan
sebagainya (tetapi) saya tidak kisah kerana realitinya (saya) memang begitu.
“Saya juga
sering melawan cakap datuk malah sanggup memakinya dengan kata-kata kesat jika
kehendak saya tidak dipenuhi,” katanya.
Pecah tembelang
Namun,
peristiwa kemalangan jalan raya pada tahun lalu mengubah perjalanan hidup Lydia
kerana kejadian itu mendedahkan tembelang Rashid.
“Peristiwa
(kemalangan) itu berlaku di Puchong semasa saya bersiar-siar bersama seorang
kakak angkat. Saya dilanggar oleh sebuah kereta semasa ingin memasuki simpang
di satu selekoh.
“Saya
kemudiannya dimasukkan ke sebuah hospital dan koma selama seminggu.
“Sebaik sedar,
datuk memberitahu saya sebenarnya bercinta dengan abang sendiri. Datuk
mengatakan individu yang selama ini saya anggap sebagai bapa dan ibu saudara
sebenarnya ibu dan ayah kandung saya sendiri,” ujarnya.
Lydia tidak
dapat menerima hakikat itu pada mulanya kerana dia menganggap hubungan seks
dengan abang sendiri merupakan perkara paling jijik pernah dilakukannya.
“Selepas
sembuh, saya menjadi tidak keruan dan berkurung dalam bilik. Saya pernah cuba
membunuh diri. Saya bernasib baik kerana keluarga menghantar saya ke pusat
pemulihan untuk menjalani rawatan.
“Rashid juga
menghilangkan diri. Syukur kini saya telah kenal erti solat dan bertaubat. Saya
berharap Allah dapat ampunkan dosa saya,” ujarnya pilu.
Sumber:
kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment